Nostalgia

Hari Jumaat adalah hari kelahiran saya, maka saya pilih hari ini untuk menulis entri-entri yang mengimbau sejarah peribadi dan juga sejarah tempatan. Pagi ini saya di Temerloh, tidak jauh dari Sungai Pahang. Kebetulan entri saya di blog Enchanted East Coast juga tentang sungai dan jambatan.


Tetapi mengapa pula saya memilih untuk menulis entri-entri ‘sejarah’ dalam Bahasa Inggeris? Pertama, projek penulisan blog Enchanted East Coast adalah sebenarnya ‘kerja rumah’ dari Ms. Kong Lan Yinn, guru Bahasa Inggeris saya semasa di SMK Abdul Rahman Talib dahulu. Katanya Pahang yang lama perlukan ‘duta’ untuk bercakap dengan dunia luar. Pembangunan pesat yang berlaku pantas menghilangkan Pahang dan Kuantan yang lama.

Kedua, saya juga mahu mengekalkan tahap kemahiran penulisan saya dalam Bahasa Inggeris dan terus mempunyai ‘duta’ dalam dunia Bahasa Inggeris sepertimana blog pertama saya dahulu.


Setakat ini dahulu, saya harus meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur pula

Location:Pantai Timur Hwy,Temerloh,Malaysia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *