T-Shaped Person

T-Shaped Person? Adakah bermaksud seseorang yang berbentuk T?

(Haha, sorry lame translator joke)

T-Shaped Person sebenarnya lebih merujuk kepada kemahiran seseorang di mana dia mempunyai pengalaman yang mendalam satu-satu bidang tetapi dalam masa yang sama turut mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang lain yang berkaitan. Istilah ini dipopularkan oleh Tim Brown, CEO syarikat IDEO – salah satu firma rekaan dan inovasi terkemuka di Amerika Syarikat.

Sebagai perbandingan, pakar atau specialist biasa disebut sebagai I-Shaped Person di mana kemahiran dan kepakarannya menjurus pada satu bidang sahaja. Cabang T ke kiri dan ke kanan menunjukkan sesorang itu mempunyai kepakaran dan kemahiran lain di luar bidangnya.

Sebagai contoh, kita ambil Saudara Ikhwan Nazri iaitu CEO Amanz.my. Beliau terkenal sebagai seorang yang mempunyai kemahiran tinggi dalam Flash sehingga dapat menjadi tutor dan membuat pelbagai projek hebat. Dalam masa yang sama beliau turut mempunyai kemahiran menulis artikel dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, merakam dan mengedit video, rekaan grafik serta pendedahan dalam bidang dakwah.

Beliau bukanlah wartawan, videografer, dan ustaz tetapi mempunyai kemahiran-kemahiran berkaitan secara asas. Ini membolehkan beliau bekerjasama dengan pelbagai jenis individu dan organisasi serta menghasilkan inovasi-inovasi yang tidak dapat dihasilkan dengan mempunyai satu kepakaran sahaja.

Sebagai contoh Quran untuk PSP memerlukan kepakaran dalam bidang Flash dan pendedahan dalam bidang dakwah. Begitu juga dengan aplikasi web 24434.my yang menjejak tempat-tempat solat.

T-Shaped Person juga mampu bergerak pantas melaksanakan inovasi kerana mempunyai ilmu-ilmu bantu dalam penghasilan dan mempunyai jaringan sosial yang luas.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *