Month: May 2012

Nombor Lima!

Alhamdulillah, sejak 23 April 2012 hingga kini, buku Rich Dad Poor Dad Edisi Bahasa Malaysia berada di tangga ke-5 carta Popular sehingga kini. Terima kasih kepada Tim PTS Pro dan rakan penterjemah Cik Puan Faslin Syarina Salim.

p/s: Minggu ini sibuk dengan persiapan majlis di Kuantan pula

iPad – Editor Video Mudah Alih

Dengan menggunakan Camera Connection Kit, videografer kini boleh memindahkan video terus kepada iPad. Pengguna mempunyai pilihan menggunakan sambungan USB seperti di atas atau menggunakan kad SD. Secara peribadi, saya telah menguji memindahkan data daripada Nokia N8 dan Canon 550D. Setelah dipindahkan, pengguna boleh terus mengeditnya menggunakan iMovie yang boleh didownload daripada App Store.

Terdapat beberapa pilihan templat bersama aplikasi ini dan juga beberapa soundtrack bagi menyerikan video yang diedit. Pengguna juga boleh merakam voiceover bagi memberikan narration bagi video yang diedit. Akhir sekali, pengguna boleh render terus video di dalam iPad dan upload ke YouTube dan Vimeo.

Salah satu contoh adalah seperti video di bawah:

Tentang Seni Oleh Imam Afroz Ali

Pada hari Rabu lepas, Imam Afroz Ali dari Australia telah memberikan ceramah yang bertajuk Islam and Environmentalism di Fakulti Seni dan Seni Reka, UiTM. Oleh kerana kebanyakan yang hadir adalah pelajar fakulti tersebut, Imam Afroz turut menyentuh tentang seni.

Beliau bermula dengan mengatakan bahawa dalam dunia ini terdapat dua petunjuk. Pertama adalah al-Quran, dan yang kedua adalah seluruh kejadian ciptaan Allah. Kata beliau, petunjuk-petunjuk itu dengan sendirinya tidak begitu penting (terutamanya jenis kedua) namun apa yang penting apakah yang ditunjukkan oleh pentujuk-petunjuk tersebut.

Tambahnya, sekarang terdapat banyak kerosakan dan penyimpangan pada petunjuk-petunjuk ciptaan Allah. Antara jalan-jalan kerosakan dan penyimpangan tersebut adalah penghasilan seni yang membawa kita lebih jauh dari Allah dan mengaburi hidayahNya.

Imam Afroz Ali mengibaratkannya seperti seseorang yang menconteng grafitti yang cantik di atas papan tanda sehingga kita tidak nampak apa yang ditunjukkan oleh papan tanda tersebut. Memanglah grafitti tersebut cantik, tetapi ia tidak membantu kita ke destinasi dan malah mungkin menyesatkan kita pula.

Beliau menegaskan, janganlah kita menghasilkan karya yang semata-mata mengekspresi diri tetapi mencipta penyimpangan-penyimpangan dan pengaburan spiritual. Dunia kini sudah terlalu ‘bising’, dan oleh itu seni kita harus membawa kejelasan – melangkah lebih hampir kepada yang Haq.

Gelombang Perubahan

Sepanjang dekad yang lalu, kita telah melihat banyak perubahan merentasi pelbagai industri. Pemangkin utamanya adalah teknologi digital yang membolehkan lebih ramai orang mendapat akses kepada alat produksi dan saluran pengedaran.

Revolusi pertama adalah dengan teknologi MP3 yang menggegarkan saluran pengedaran muzik. Industri muzik lambat bertindak menggunakan teknologi baru tersebut sehingga para ‘lanun’ menggunakannya untuk mengedarkan muzik tanpa izin. Kemudian barulah industri muzik menggunakan MP3 bersama web serta rangkaian selular bagi menjana perolehan baru. 
Perubahan saluran pengedaran itu juga membolehkan para pemuzik industri mendapat capaian seluas syarikat-syarikat rakaman tradisional. Ditambah pula dengan teknologi rakaman digital yang semakin canggih dan murah, lebih ramai artis melangkaui syarikat rakaman dan terus menyampaikan muzik mereka kepada audiens.
Kemudian datang pula YouTube yang membolehkan lebih ramai menjadi bintang skrin dan melangkaui agensi-agensi bakat untuk terus mempromosikan diri serta berkarya. Tambah pula dengan teknologi rakaman HDSLR yang memberikan kuasa produksi setaraf TV dan panggung kepada pengguna biasa. Perkongsian hasil pengiklanan di YouTube juga membolehkan para penghasil video mendapat hasil secara langsung dari karya mereka.
Industri penerbitan juga tidak terlepas dari tempias revolusi digital apabila teknologi eBook dan Print-on-Demand membolehkan para penulis menerbitkan sendiri karya mereka. Internet pula menjadi wadah pengedaran mereka. Kesannya semakin ketara sekarang apabila sudah ramai pengguna mempunyai tablet yang memungkinkan mereka membaca eBook dengan selesa.
Revolusi yang telah melanda buku, muzik dan video akan mula masuk ke ruang fizikal, gudang dan kilang tidak lama lagi. Sekarang teknologi 3D printing telah mula menampakkan kematangan dan boleh dikendalikan oleh pengguna biasa.
Para pencipta sekarang boleh terus menghasilkan lakaran, menghalusinya di komputer dan terus mendapat bentuk fizikal tersebut menggunakan pencetak 3D. Tiada lagi perlu acuan, gudang dan kilang. Anda boleh terus menggunakan produk yang dicetak dan boleh menjualnya. Hilang sudah ramai orang tengah dan rangkaian bekalan yang kompleks.
Konsep pengeluaran massa yang kita pegang selama ini akan tercabar tidak lama lagi dan mungkin tidak lama lagi banyak kilang yang akan menjadi tidak relevan. Alatan-alatan rumah yang mudah tidak perlu lagi  dihasilkan di kilang kerana pengguna boleh mendownload terus rekabentuk produk dan mencetaknya di rumah sendiri. 

Bachelor Party


Since I’m still busy doing last minute preparation for my solemnization cermony this afternoon, I’ll just post what being served on my ‘bachelor party’ yesterday. Thanks to the East Coast couple Iskandar Syah Ismail (Pahang) and Hayati Redzwan (Kelantan) for such a delicious spread of smoked freshwater fish, budu and the accompaniments.

– Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan 5c/7,Bandar Baru Bangi,Malaysia

Tripod Kamera

Apabila merakam video, menstabilkan kamera adalah salah satu perkara penting. Bagi kamera video biasa dan DSLR, ada banyak pilihan tripod dan peralatan lain kerana sudah ada lubang skru. Tetapi bagaimana pula dengan telefon bimbit?

Peralatan yang perlu dicari adalah phone tripod di mana alat tersebut mempunyai ‘bracket’ yang memegang kamera. Kemudian barulah disambung kepada tripod biasa melalui lubang skru. Kebiasaannya phone tripod datang dalam pakej mini tripod dan bracket.

Harganya? Kalau di kedai mungkin mencecah RM100 namun penjual online di Mudah.my biasanya menjual pada harga sekitar RM20 hingga RM30 sahaja.

– Posted using BlogPress from my iPad

i3: Apa Itu Motivasi?

Ramai yang mengaku diri mereka pakar motivasi. Asal popular sedikit dan pandai bercakap terus mahu mencanang motivasi sana-sini. Ada masanya berkesan, namun ada juga yang entah terbabas ke mana. Ini menyebabkan ada sesetengah golongan masyarakat mula skeptik dengan istilah motivasi dan juga motivator. Diperlekehkan sebagai motivator sahaja selalunya…
Jadi, bagi mengetahui apa sebenarnya motivasi ikuti entri terbaru di i3.

PBAKL – Hari Raya Penulis

Saban tahun, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur berlangsung di PWTC. Oleh kerana ramai penulis turun mempromosikan buku mereka maka acara tersebut juga menjadi perhimpunan penulis. Pada masa itulah dapat berjumpa ramai rakan-rakan dan guru-guru penulisan. PWTC  memang jadi tempat berkampung – minum-minum dan berbincang walau di tengah-tengah hingar-bingar pengunjung. Malah, duduk bersila atas lantai pun tidak mengapa asal dapat berbincang bersama rakan-rakan.

Kalau sudah bosan dan menyampah dengan makanan di PWTC barulah pergi meleret ke The Mall untuk suasana yang lebih tenang. Tahun ini juga pertemuan turut bersambung ke rumah kerana kali ini kami ada pasangan pengantin baru penulis dan penterjemah.
Berkumpul di rumah Iskandar Syah Ismail & Nor Hayati Redzwan memang terasa seperti hari raya dengan pelbagai juadah dan minuman. Ditambah pula dengan alunan lagu dari SinarFM. Pada masa-masa sebeginilah ada perbincangan tentang perancangan buku-buku akan datang dan juga gosip-gosip tentang penerbit (Iyalah, kita tiada wadah rasmi berita penerbit). 
Namun, sejak bergelar penulis saya hanya dapat meluangkan 1-2 hari sahaja di PBAKL. Tahun lepas saya pergi umrah, tahun sebelumnya saya ke Indonesia, sebelum itu lagi ke Kemboja. Entah kenapa, semua musafir itu jatuh pada minggu PBAKL. Tahun ini pula saya sibuk dengan persiapan walimah saya di hujung minggu terakhir PBAKL!