Tentang Seni Oleh Imam Afroz Ali

Pada hari Rabu lepas, Imam Afroz Ali dari Australia telah memberikan ceramah yang bertajuk Islam and Environmentalism di Fakulti Seni dan Seni Reka, UiTM. Oleh kerana kebanyakan yang hadir adalah pelajar fakulti tersebut, Imam Afroz turut menyentuh tentang seni.

Beliau bermula dengan mengatakan bahawa dalam dunia ini terdapat dua petunjuk. Pertama adalah al-Quran, dan yang kedua adalah seluruh kejadian ciptaan Allah. Kata beliau, petunjuk-petunjuk itu dengan sendirinya tidak begitu penting (terutamanya jenis kedua) namun apa yang penting apakah yang ditunjukkan oleh pentujuk-petunjuk tersebut.

Tambahnya, sekarang terdapat banyak kerosakan dan penyimpangan pada petunjuk-petunjuk ciptaan Allah. Antara jalan-jalan kerosakan dan penyimpangan tersebut adalah penghasilan seni yang membawa kita lebih jauh dari Allah dan mengaburi hidayahNya.

Imam Afroz Ali mengibaratkannya seperti seseorang yang menconteng grafitti yang cantik di atas papan tanda sehingga kita tidak nampak apa yang ditunjukkan oleh papan tanda tersebut. Memanglah grafitti tersebut cantik, tetapi ia tidak membantu kita ke destinasi dan malah mungkin menyesatkan kita pula.

Beliau menegaskan, janganlah kita menghasilkan karya yang semata-mata mengekspresi diri tetapi mencipta penyimpangan-penyimpangan dan pengaburan spiritual. Dunia kini sudah terlalu ‘bising’, dan oleh itu seni kita harus membawa kejelasan – melangkah lebih hampir kepada yang Haq.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *