Business Model Canvas: Cost Structure

Alhamdulillah, kita telah sampai ke blok terakhir Business Model Canvas iaitu Cost Structure atau Struktur Kos. Bahagian ini menerangkan kos yang terlibat dalam menyampaikan Value Proposition kepada pelanggan. 
Cost Structure boleh jadi Cost-Driven (Pacuan Kos) atau Value-Driven (Pacuan Nilai). Bagi Cost-Driven Cost Structure, harga jualan berkait rapat dengan kos penghasilan sesuatu produk atau perkhidmatan. Value-Driven Cost Structure pula meletakkan harga berdasarkan persepsi nilai sesuatu produk atau perkhidmatan.
Contoh paling mudah, kos bahan mentah Nasi Lemak Istimewa adalah sama di gerai dan di hotel. Katakan kosnya RM3. Namun Cost Structure gerai adalah Cost-Driven menyebabkan pemilik gerai hanya boleh caj maksima RM6. Berbeza dengan Cost Structure hotel yang Value-Driven membolehkan harga diletakkan melebihi RM20. Dalam keadaan ini, persepsi ‘keistimewaan’ itu yang turut dijual bersama kepada pelanggan.

Ciri-ciri kos pula adalah seperti berikut:

Kos Tetap

Sesetengah bisnes mempunyai kos tetap yang signifikan. Selalunya ciri ini wujud dalam bisnes-bisnes yang memerlukan infrastruktur fizikal yang besar. Sebagai contoh, kilang mempunyai kos tetap yang besar bagi bangunan, mesin dan overhead bulanan untuk elektrik, gaji serta air.

Kos Boleh Ubah

Kos boleh ubah pula boleh dilihat dalam bisnes seperti khidmat guaman. Peguam tidak dapat tahu lebih awal berapa banyak kos pengangkutan dan kos dokumentasi yang diperlukan bagi setiap kes. Hanya setelah selesai kes barulah dia tahu kos sebenar. Kos bagi kes berikutnya pula akan berbeza walaupun dalam bidang yang sama.

Economies of Scale

Model bisnes yang melibatkan pengeluaran biasanya mempunyai economies of scale kerana semakin banyak produk dihasilkan, semakin murah kosnya. Sebagai contoh, kos membuat acuan dan mesin menghasilkan berus gigi itu mahal kos permulaannya tetapi kos bahan mentah setiap unit berus gigi itu sangat murah. Setelah kos permulaan dapat ditampung, maka kos pengeluaran setiap unit selepas itu menjadi tersangat murah.

Economies of Scope

Economies of Scope pula datang apabila sesuatu bisnes menambah perkhidmatan atau produk yang mengoptimumkan penggunaan sumbernya. Sebagai contoh, syarikat perlombongan yang mempunyai kuari batu boleh menambah perkhidmatan sebagai kontraktor pembinaan jalan. Berbekalkan sumber utama yang terus dan lebih murah, mereka dapat meletakkan harga yang lebih rendah bagi kualiti yang sama.

Alhamdulillah, kita sudah menamatkan siri Business Model Canvas. Download eBook Business Model Canvas di http://bit.ly/eBookBMC4

Ikuti Kelas Strategi Bisnes di http://kelasstrategibisnes.blogspot.com/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *