Opinion Leader vs Thought Leader

Ramai rakan-rakan Facebook dan blogger mengeluh mengatakan mereka sudah letih menulis entri. Letih sampai menggugah emosi dan menyedut tenaga. 
Antara puncanya, mahu menjadi Thought Leader tetapi tergelincir menjadi Opinion Leader.

Opinion Leader menyuarakan pendapat sedangkan Thought Leader menyampaikan pemikiran. Pendapat berdasarkan rasa manakala pemikiran berdasarkan fakta serta analisa. Opinion Leader reaktif, tidak seperti Thought Leader yang aktif.

Keletihan datang kerana rantaian isu semasa menguasai Opinion Leader – dia terasa terpanggil untuk mengulas segala perkara. Tidak seperti Thought Leader yang mengawal isu dan topik yang dibawanya – dia yang memimpin orang ramai bagi mengikuti sesuatu topik.
Opinion Leader juga cenderung menyuntik persepsi peribadi dan pengalaman serta maklumat peribadi dalam penulisan. Ini sebenarnya menarik mereka yang hanya sibuk mahu jaga tepi kain orang. Opinion Leader menjadi cepat popular (sehingga perlu dua akaun FB) kerana fitrah manusia memang mahu tahu tentang kehidupan orang lain. Tetapi lama kelamaan privasi Opinion Leader mula terhakis dan menggigit jiwanya.
Thought Leader pula berdasarkan ilmu dan maklumat faktual. Pengalaman yang dimasukkan pula hanyalah pengalaman profesional. Thought Leader tidak cepat popular tetapi menarik mereka yang benar-benar ambil berat tentang topik yang dibawa. Komuniti yang terbina menokok sedikit demi sedikit tetapi secara konsisten membawa hasil yang produktif.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *