Permission Marketing: Sinergi One-to-One Marketing & Mass Marketing

Sebelum ini kita telah lihat bagaimana mass marketing dan one-to-one marketing mempunyai falsafah yang berbeza. Permission Marketing juga mempunyai falsafah tersendiri iaitu menukar seberapa banyak prospek menjadi pelanggan. 
Seorang penjual yang menggunakan Permission Marketing boleh menggunakan mass marketing bagi memperkenalkan diri dan mencapai ramai prospek. Setelah prospek memberi keizinan barulah penjual menggunakan one-to-one marketing bagi menjual produk atau perkhidmatan.

Mass marketing (merah) cuba untuk mengasak seberapa ramai prospek dengan sebanyak mungkin maklumat dengan harapan untuk menjadikan mereka sebagai pelanggan. Namun kadar kejayaan strategi ini rendah kerana prospek tidak suka diganggu dan mereka mungkin keliru dengan terlalu banyak maklumat yang diasak kepada mereka.

Strategi permission marketing (hijau) pula memecahkan proses marketing dan penjualan kepada beberapa peringkat. Pada peringkat pertama, penjual hanya mahu memperkenalkan diri dan berharap pelanggan ‘angkat tangan’ bagi mengetahui lebih lanjut. Setelah pelanggan ‘angkat tangan’ dan memberi  keizinan barulah penjual memulakan perbualan dan mendapatkan maklumat lanjut tentang keperluan prospek. Melalui cara ini, prospek hanya mendapat maklumat yang relevan dengan mereka dan meningkatkan kemungkinan mereka menjadi pelanggan.

Bagi membuatkan prospek ‘angkat tangan’, penjual harus memberi ‘umpan’ yang sesuai. ‘Umpan’ itu juga harus relevan dan bernilai kepada prospek bagi memulakan perbualan yang baik.

Iklan di Bandar Baru Bangi ini adalah contoh iklan yang menggunakan strategi permission marketing. Penjual tidak menyumbat sebanyak mungkin produk dan harga pada banting ini. Sebaliknya, penjual meletakkan umpan diskaun 50% bagi prospek yang menghantar SMS kepada mereka. 
Setelah prospek ‘angkat tangan’ memberi izin dengan menghantar SMS, penjual berpeluang untuk melakukan one-to-one marketing kepada prospek yang membawa kepada jualan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *