Buku Minggu Ini: The Personal MBA

Ramai yang tertanya-tanya, adakah perlu mempunyai MBA bagi melonjakkan karier korporat atau mula berniaga? Adakah berbaloi menyertai program MBA? Jawapan ringkas dari Josh Kaufman adalah tidak.

Buku ini menyahut cabaran untuk memadatkan semua poin-poin penting yang dipelajari dalam program Masters in Business Administration dalam satu buku. Sesuatu yang dianggap agak gila dan dikecam hebat oleh graduan-graduan MBA dari institusi-institusi ternama di Amerika Syarikat.

Setakat ini, saya telah membaca 4 Bab dan saya berani mengatakan bahawa saya telah belajar lebih banyak berbanding satu semester subjek Intro to Management di universiti dahulu. Sekiranya buku ini masih tidak cukup dan anda mahu pergi lebih mendalam, download eBook percuma yang menyenaraikan semua buku rujukan yang dicadangkan oleh penulis.

Harganya? RM54.95 di Kinokuniya.

Selamat membaca!

Kongsikan kepada rakan-rakan dengan klik butang Tell di bawah.

2 thoughts on “Buku Minggu Ini: The Personal MBA”

  1. Dia nak melariskan buku dia, tentulah dia kata tak perlu belajar MBA. Ini suatu generalisasi yang tidak adil.

    Pendapat saya, perlu MBA atau tidak, bergantung kepada individu dan setting hidup dia. Setiap orang tak sama. Cara orang mendapat ilmu pun tak sama. Ada yang perlu ke universiti, ada yang mencukupi belajar sendiri. Yang penting, ilmu perlu terus dicari……tak kiralah apa juga cara yg kita pilih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *