Permission Marketing: Salah Guna Keizinan

Tentunya ramai peniaga yang ingin mencapai Tahap Keizinan Intravenous kerana duit akan sentias mengalir dari poket pelanggan. Namun, ada peniaga yang menyalahgunakannya apabila diberi peluang.

Contoh paling biasa ditemui adalah pembekal konten mobile. Mereka menghantar SMS iklan kepada orang ramai menawarkan konten percuma. Namun apabila pelanggan menjawab ‘Ya’ mereka tanpa rela dijadikan sebagai pelanggan konten mobile. Minggu demi minggu kredit mereka ditolak dan dihujani dengan konten sampah.

Peniaga mampu mendapat keuntungan segera dengan cara ini tetapi ini akan menyebabkan mereka tidak akan diberikan keizinan lagi di masa akan datang. Syukur sekarang wujud agensi seperti SKMM yang memantau taktik-taktik seperti ini.

<< Tahap Keizinan Situasi | Salah Guna Keizinan II >>

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *