Permission Marketing: Salah Guna Keizinan II

Bayangkan seorang peniaga yang mengambil masa bertahun-tahun membina jenama yang dipercayai. Jenamanya itu menjadi satu keizinan bagi pelanggan membeli produknya berulang kali. Pelanggan mengaitkan jenamanya dengan kualiti dan nilai untuk wang. Keuntungannya meningkat, lantas dia mula terdorong untuk menyalahgunakan jenama yang telah dibinanya.

Bagaimana seseorang peniaga boleh menyalahgunakan jenamanya? Jenama boleh disalahgunakan apabila diletakkan sewenang-wenangnya pada produk serta perkhidmatan lain yang berbeza daripada produk asal.

Katakan jenama XYZ terkenal sebagai pengeluar beg yang ranggi dan tahan lasak. XYZ mempunyai ramai peminat dan pelanggan. Para pelanggan berbangga dengan jenama tersebut dan sentiasa mencanangkan XYZ.

Kemudian XYZ melesenkan jenamanya kepada sebuah pengeluar telefon bimbit baru. Telefon yang dikeluarkan mempunyai desain yang buruk & tidak tahan lasak. Para pelanggan asal XYZ yang membeli telefon bimit tersebut merasa kecewa.

Kemudian XYZ semakin ‘menggila’ melesenkan jenamanya kepada televisyen, minyak wangi bahkan mi segera! Tidak ada satu pun produk tersebut mempunyai kualiti ranggi dan tahan lasak. Pada tahap ini XYZ telah mencairkan jenama mereka dan merosakkan kepercayaan pelanggan semata-mata demi yuran pelesenan yang tidak seberapa.

Download eBook Percuma Permission Marketing di http://bit.ly/eBookPM1

<< Salah Guna Keizinan I

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *