Permission Marketing: Tahap Keizinan Poin

Idea asas bagi Tahap Keizinan poin adalah mencipta sebab untuk para pelanggan datang kembali membeli produk dan perkhidmatan daripada sesuatu peniaga. Sebab itu datang daripada sistem poin, liabiliti atau peluang yang dicipta.

Contoh paling mudah adalah kad daripada kedai cuci kereta. Setelah 10 kali cop, pelanggan akan menerima satu perkhidmatan cuci kereta percuma. Kad itu yang mencipta sebab bagi pelanggan untuk berulang kali datang ke kedai tersebut bagi mencuci kereta.

Sistem poin yang lebih sosfikated adalah seperti kad Bonuslink dan juga TreatsPoint daripada Maybank. Sistem ini bukan sahaja menggunakan medium yang lebih canggih, malah melibatkan lebih ramai peniaga dan pilihan tebusan hadiah.

Sistem poin mencipta satu bentuk ‘matawang’ yang boleh digunakan antara peniaga dan pelanggan. Kelebihan sistem ini adalah peniaga dapat mengukur tahap keberkesanan kempen pemasaran yang dilakukan. Kos juga dapat diukur dengan mudah dan tepat.

Kembali kepada contoh kedai cuci kereta tadi, peniaga tersebut akan tahu tahap keberkesanan melalui jumlah kad yang ditebus oleh pelanggan. Dia juga tahu kos setiap cucian percuma tersebut. Malah seterusnya dia akan berpeluang untuk mendapatkan nama & nombor telefon pelanggan melalui kad promosi tersebut.

<< Tahap Keizinan Intravenous | Tahap Keizinan Perhubungan Peribadi >>

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *