Month: November 2012

Buku Minggu Ini: The Referral Engine

Sebelum ini saya telah menulis sekitar sepuluh entri tentang Permission Marketing oleh Seth Godin. Mungkin ramai yang tertanya-tanya, bagaimana caranya melaksanakan pemasaran dengan konsep tersebut. Adakah wujud panduan praktikal untuk melakukan pemasaran yang berkesan?

Buku The Referral Engine oleh John Jatsch ini memberikan jawapannya. Beliau yang sebelum ini dikenali dengan buku Duct Tape Marketing, membawa satu panduan pemasaran yang holistik – offline dan online. Seth Godin sendiri turut merekomenkan buku ini.

Antara idea penting dalam buku ini adalah kepentingan referral sebagai enjin pertumbuhan jualan. Dengan cara para pelanggan sedia ada membawa pelanggan baru, sesuatu perniagaan dapat terus berkembang baik tanpa menghabiskan banyak wang.

Idea lain dalam buku ini yang tidak kurang penting adalah Content Marketing. Dalam konsep ini, konten berkualiti menjadi penarik dan membawa prospek kepada tawaran syarikat. Teknik ini berbeza berbanding SEO dan pengiklanan.

Tips dalam buku ini sedang dan akan diamalkan dalam rangka membawa lebih banyak pengunjung kepada Downloadilmu.com

Portfolio Projek 2012

Pengisytiharan manifesto semalam sebenarnya adalah berasaskan siri projek yang dijalankan sepanjang tahun ini. Asalnya, projek-projek tidak begitu terancang namun akhirnya saya dan rakan-rakan dapat belajar pelbagai perkara yang menjadi blok-blok asas sesuatu yang lebih besar.

Jalan-Jalan Cari Pasal
Projek ini adalah yang paling gila dan memenatkan. Perkara yang dieksperimen adakah boleh merakam sebuah dokumentari yang agak panjang seorang diri menggunakan DSLR. Kemahiran yang dipelajari adalah pengurusan logistik, produksi, subtitiling, produksi DVD dan menyelami budaya di pantai timur.
Bajet yang digunakan sangat rendah kerana semua peralatan adalah pinjaman, kos minyak hanya RM200, dan kami tinggal di homestay yang mengenakan caj RM45 semalam dan menumpang di rumah rakan.
Rakan kerjasama: Shahir Amin, Badruddin Ghazali
DVD Ibrah Surah al-Kahfi / Saifulislam Store
Projek ini tercetus semasa saya dan Shakir sedang melepak di Little White Cafe, Bangi. Pada waktu itu Tuan Yusry Yusopp turut ada. Mendapat inspirasi daripada projek Kickstarter Seth Godin, kami menirunya untuk membawa konten baru daripada Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Menggunakan media sosial, kami menjalankan survey dan pre-order sebelum melakukan produksi. Ini sangat berbeza berbanding projek Jalan-Jalan Cari Pasal yang dirakam terlebih dahulu tanpa mengetahui hendak dijual ke mana serta sama ada wujud permintaan atau tidak.
Banyak skil teknikal dari projek JJCP digunakan dalam projek ini dan digabungkan dengan pemahaman baru tentang business model. Business Model Canvas projek ini dilakar di Umai Lake Cafe, Putrajaya. 
Walaupun projek ini dikira berjaya dan membawa pulangan signifikan kepada semua yang terlibat, value chain projek ini terlalu panjang. Proses dari survey hingga penghantaran DVD kepada pelanggan mengambil masa yang sangat panjang. 
Projek ini sangat mencabar kerana pada masa yang sama Shakir sudah sibuk untuk berhijrah sementara ke Manchester. Namun beliau membawa masuk rakan strategik baru iaitu Tuan Umar Taib yang banyak menyelesaikan urusan fasa terakhir produksi. Tanpa beliau mungkin projek kami sudah bungkus.
Rakan strategik: Shakir Salleh, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Umar Taib
Projek Mudahnya Ibadah
Oleh kerana menguruskan produksi dan penghantaran produk fizikal adalah sesuatu yang sangat renyah, kami bereksperimen dengan business model direct-to-digital. Semasa di Janda Baik bersama Puan Ainon Mohd dan Tuan Ahmad Saifuddin Yusof, muncul idea dari sifu untuk memberi panduan ibadah melalui audio digital.
Puan Ainon menulis skripnya dan saya pula merakam suara Tuan Ahmad Saifuddin. Setelah diedit dengan perisian open-source Audacity, kami upload ke Gumroad.com kerana tidak mahu mengeluarkan kos bagi sistem pengedaran produk digital. 
Respon daripada orang ramai sangat baik dan mencatatkan lebih 1000 hit dalam masa beberapa hari. Namun, jualannya sangat rendah kerana kebanyakan mereka tidak dapat membayar menggunakan kad kredit. 
Projek ini mengesahkan permintaan terhadap produk digital seperti ini dan keperluan orang ramai bagi menyelesaikan masalah mereka. 
Rakan strategik: Puan Ainon Mohd, Tuan Ahmad Saifuddin Yusof
DownloadIlmu.com

Projek ini pula menggabungkan elemen-elemen daripada projek-projek sebelum ini dan membawa masuk beberapa rakan strategik baru. Projek ini bermula daripada idea Tuan Syed Faiz Syed Mahmad dan Tuan Yusry Yusopp bagi menghasilkan eBook Tim Hadith Psikologi. Mereka mahu melabur untuk platform konten digital dan plugin payment gateway. Saya melihat platform itu mampu menjadi sistem yang lebih meluas. Saya melakarkan konsepnya berdasarkan teori Long Tail oleh Chris Anderson dan memberikan nama DownloadIlmu.com
Saya tidak memegang pegangan langsung dalam platform dan sebaliknya bertindak sebagai pembekal utama. Oleh itu, Buku Audio Publication pula ditubuhkan bagi membekalkan konten. Konten daripada projek DVD Ibrah Surah al-Kahfi dan Mudahnya Ibadah pula diupload semula ke DownloadIlmu.
Projek ini juga memberi peluang untuk saya bereksperimen dengan teknologi cloud seperti Amazon S3 yang digunakan bagi pengedaran konten video. Saya juga dapat hands-on mengendalikan Long Tail Marketplace dan melihat fenomena ini beraksi secara realiti.

Rakan Strategik: Puan Ainon Mohd, Syed Faiz Syed Mahmad, Tuan Yusry Yusopp
‘Validated Learning’
Kesemua projek ini dimulakan dengan kos yang rendah menggunakan apa yang ada di tangan atau dipinjam. Setiap satu projek membina skil yang berguna untuk dibawa ke projek seterusnya. Pemahaman tentang Business Model Canvas dan Lean Startup yang datang sepanjang siri projek ini sangat membantu. Semua yang terlibat dapat melihat projek-projek ini sebagai siri eksperimen dan mencapai ‘Validated Learning’. Validated Learning (pembelajaran yang disahkan) adalah konsep penting yang dibawa oleh Eric Ries dalam Lean Startup. InsyaAllah minggu hadapan saya akan mula menulis tentangnya dalam blog ini.

Manifesto Bisnes

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, berikut adalah manifesto bisnes saya bagi tahun 1434H/2013M:

  1. Memudahkan dan meluaskan penyebaran ilmu dalam Bahasa Melayu
  2. Menghubungkan para pencari ilmu dengan pakar sebenar
  3. Membolehkan para pakar menjana pendapatan melalui perkongsian ilmu secara lebih sistematik dan mudah
Semua ini akan dicapai melalui:
  1. Penerbitan bahan ilmu dalam bentuk teks, audio dan video terutamanya melalui medium digital
  2. Pembangunan platform penyebaran ilmu
Semoga Allah merahmati mereka yang telah dan akan membantu saya mengisi manifesto ini. Antaranya Puan Ainon Mohd, Tuan Irwan Dahnil, Tuan Naim Jaafar, Tuan Ahmad Shakir, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Tuan Umar Taib, Tuan Yusry Yusopp, Tuan Fazrul Ismail, Tuan Izwan Wahab dan seluruh keluarga tercinta.

Senarai Link Rujukan Business Model Canvas

Berikut adalah senarai link bagi tuan-tuan yang berminat mengetahui lebih lanjut tentang Business Model Canvas

eBook

  1. Preview Business Model Generation – http://businessmodelgeneration.com/downloads/businessmodelgeneration_preview.pdf
  2. Business Model Canvas Malaysia – http://bit.ly/eBookBMC2

iPad App

  1. Business Model Toolbox – https://itunes.apple.com/us/app/business-model-toolbox/id431605371
  2. Paper (App yang saya guna untuk melakar lukisan yang mengiringi entri blog) – https://itunes.apple.com/us/app/paper-by-fiftythree/id506003812?mt=8

Video

  1. Business Model Canvas – http://www.youtube.com/playlist?list=PLvu-4QD4IOm6QKCOmHbq9B77OMR1mejbI

Blog

  1. Dr. Alexander Osterwalder – http://www.businessmodelalchemist.com
  2. Dr. Yves Pigneur – http://people.hec.unil.ch/ypigneur/
Oh ya, nampaknya buku Business Model Generation juga sudah ada dalam edisi Jepun. Saya sangat teringin memilikinya walaupun langsung tidak faham Nihon-go!

Zakat & Sumbangan

Alhamdulillah, semalam saya mengisi slot Business Model Canvas dalam Kursus Pembangunan Kepimpinan PPZ di Pullman Putrajaya Lakeside. Semoga Allah melimpahkan rezeki buat Tuan Shah Riza yang menjemput saya dan meletakkan saya sebaris dengan para trainer yang lebih berpengalaman.

Dalam kursus ini saya sendiri banyak belajar daripada para peserta di samping saya berkongsi ilmu yang ada. Antaranya ada peruntukan untuk mereka yang telah membayar zakat melebihi RM50 ribu untuk mengambil balik 25 peratus dan diagihkan sendiri. PPZ juga meneroka media baru dan mempunyai pegawai yang bertanggungjawab mengendali laman Facebook PPZ.
Tamat kursus, saya dan Tuan Iskandar Syah Ismail ke Serdang mengunjungi Puan Masnah iaitu balu kepada penulis PTS Tuan Imran Yusuf. Kami menyerahkan cek sumbangan berjumlah RM1000 hasil kutipan daripada rakan-rakan penulis dan penterjemah. Semoga Allah merahmati para penyumbang dan semoga perpindahan Che’ Nah ke Melaka berjalan lancar.

Aktiviti Hari Ini

Petang ini saya akan mengisi satu slot tentang Business Model Canvas bagi Pegawai PPZ di Putrajaya. Saya akan kongsikan tentang asas Business Model Canvas dan kajian kes business model dalam sektor kebajikan. Di luar sektor bisnes sekalipun kita dapat lihat pelbagai business model walaupun bagi projek yang sama fungsinya.

Sementara itu, pagi ini saya membaca majalah Inc bagi mengikuti perkembangan dunia bisnes dan meninjau business model akan datang.

p/s: Nampaknya tema hari ini adalah hitam putih


Tips Produktiviti 2

Tingkatkan ilmu pengetahuan dengan mendengar buku audio sambil berjoging. Dalam masa yang sama boleh mendapat dua manfaat. Bukan sahaja badan cergas malah otak pun cerdas. Gunakan armband bagi memastikan smartphone atau pemain MP3 berada dalam posisi yang selamat sepanjang berjoging. 
Smartphone tidak sesuai diletakkan dalam poket pakaian semasa berjoging kerana peluh akan meresap masuk di celah-celah peranti dan merosakkan komponen. Saya sendiri pernah menggantikan keyboard smartphone kerana selalu membawanya berjoging.
Buku audio Bahasa Inggeris boleh didapati di www.audible.com manakala buku audio tempatan pula ada di www.downloadilmu.com
Saya pernah juga terjumpa orang berjoging sambil mendengar ayat quran. Namun belum pernah pula saya terjumpa yang dengar ceramah agama! 

Faktor Undang-undang & Cost Structure

Kita bersambung daripada entri semalam tentang kesan undang-undang terhadap Value Proposition. Secara luarannya kita dapat lihat kehilangan perlindungan undang-undang dalam bentuk cukai menghilangkan Price sebagai Value Proposition.

Namun apa yang sebenarnya berlaku adalah kehilangan perlindungan itu menyerang Cost Structure syarikat. Mengambil contoh kedai elektronik di Langkawi, sudahlah harga menjadi sama seperti di tanah besar. Mereka juga berhadapan dengan kos pengangkutan yang lebih tinggi di Langkawi. Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, keadaan ini meruntuhkan Cost Structure mereka sama sekali.