Intellectual Resources: Creative Commons

Sepertimana yang kita sudah lihat dalam strategi IP konvensional, Copyright atau Hakcipta memberi hak eksklusif kepada pemilik IP. Hak eksklusif itu pula selalunya digunakan semaksima mungkin bagi mencapai monopoli.

Setelah tempoh hak eksklusif Copyright tamat, IP tersebut menjadi Public Domain. Oleh itu, sebarang penerbit boleh menerbitkan novel Sherlock Holmes kerana sudah tidak ada halangan komersil. Namun, hak moral masih ada dan novel tersebut masih perlu diterbitkan sebagai karya Arthur Conan Doyle. Tidak boleh mengatakan Sherlock Holmes oleh Shah Rukh Khan.

Dalam masa yang sama juga adalah pengkarya yang ‘mewakafkan’ karyanya dengan mengatakan dia memberi ‘copyleft’ di mana semua orang boleh buat apa yang mereka suka dengan IP beliau. Dalam erti kata lain, beliau meletakkan karya beliau dalam Public Domain sebelum tarikh luput.

Adakalanya, Copyright tidak praktikal untuk digunakan. Sebagai contoh, pelajar yang hendak menggunakan foto milik orang lain dalam assignment harus meminta izin terlebih dahulu. Ini menyusahkan pelajar tersebut dan fotografer asal. Dalam masa yang sama, fotografer tersebut juga tidak mahu rugi kalau-kalau ada orang buat duit dengan foto beliau. Sebagai contoh, mungkin ada orang yang menggunakan foto beliau untuk dijadikan kalendar yang dijual.

Creative Commons muncul sebagai jalan tengah yang lebih fleksibel. Pemilik IP boleh memilih tahap-tahap hak komersil yang hendak dilepaskan kepada awam. Jangkauannya adalah daripada Hakcipta konvensional hinggalah Public Domain.

Sebagai contoh, seorang fotografer boleh menggunakan lesen Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivs 3.0 Unported. Dengan ini pelajar boleh menggunakan foto beliau secara percuma untuk assignment. Penerbit yang hendak menerbitkan kalendar menggunakan foto beliau pula perlu membayar royalti. Melalui cara ini, karya dapat bergerak lebih bebas dan semua orang dapat memanfaatkan karya secara produktif.

Dapatkan buku Business Model Canvas Malaysia Edisi Ekstra di Downloadilmu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *