Lean Startup: Definisi Pelbagai Pivot


Zoom-In Pivot 

Zoom-in Pivot berlaku apabila salah satu ciri produk atau perkhidmatan diangkat menjadi produk. Sebagai contoh, sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis makanan menumpukan untuk menjual roti canai sahaja.

Zoom-Out Pivot

Situasi ini terbalik daripada zoom-in pivot di mana satu produk tidak mencukupi dan perlu ditambah dengan produk atau perkhidmatan lain. Sebagai contoh, gerai tidak boleh hidup dengan menjual roti canai semata-mata dan perlu menjual teh tarik bersama.

Customer Segment Pivot 

Pivot ini pula berlaku apabila bisnes menukar segmen pelanggan kerana didapati lebih produktif. Namun, value proposition masih kekal sama. Sebagai contoh, gerai roti canai yang asalnya hendak menjual kepada pekerja pejabat kemudiannya mendapati lebih ramai pelanggannya adalah pelajar sekolah.

Customer Need Pivot 

Perubahan ini pula berlaku apabila usahawan lebih memahami apa keperluan sebenar pelanggan. Sebagai contoh, kedai roti canai yang menawarkan kari untuk dimakan bersama roti canai akhirnya mendapati pelanggan datang kerana karinya. Oleh itu dia menawarkan pula untuk menjual karinya untuk dibawa pulang atau dimakan bersama nasi.

Platform Pivot

Pivot ini pula berlaku apabila applikasi (app) ditukar menjadi platform web atau sebaliknya.

Business Architecture Pivot

Secara amnya, syarikat mengikut salah satu business architecture ini;
a. margin tinggi, kuantiti rendah atau;
b. margin rendah, kuantiti tinggi.

Sebagai contoh, menjual roti canai adalah jenis (b) tetapi menjual francais roti canai adalah jenis (a).

Value Capture Pivot

Pivot ini adalah perubahan cara pengumpulan nilai dalam bisnes. Sebagai contoh mereka yang mempunyai rumah boleh menyewakan secara bulanan atau sebagai homestay. Aset yang digunakan tetap sama tetapi cara nilai diperolehi adalah sangat berbeza.

Engine of Growth Pivot

Enjin pertumbuhan terbahagi kepada tiga iaitu viral, sticky dan paid (berbayar). Viral bergantung kepada pelanggan sedia ada membawa pelanggan baru dan paid bergantung kepada iklan. Sticky pula adalah apabila sesuatu platform menjadi tumpuan pembekal dan pelanggan.

Channel Pivot

Perubahan saluran pula adalah dengan mengubah tempat atau cara produk ditawarkan. Sebagai contoh, selama ini buku dicetak dan dijual di kedai buku. Namun sekarang buku boleh diedarkan dan dijual secara digital sepenuhnya.

Technology Pivot

Kemajuan sains dan teknologi membolehkan pivot jenis ini pula berlaku apabila muncul teknologi baru yang membolehkan produk dihasilkan dengan cara yang jauh lebih murah. Semua elemen bisnes yang lain kekal sama. Sebagai contoh, kedai roti canai yang selama ini bergantung kepada tenaga manusia untuk menguli tepung dapat menggunakan mesin penguli bagi menurunkan kos.

<< Jenis-jenis Pivot | Value & Growth Hypothesis >>

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *