Lean Startup: Value & Growth Hypothesis

Terdapat dua jenis hipotesis dalam eksperimen Lean Startup iaitu Value (Nilai) dan Growth (Pertumbuhan).

Value Hypothesis melihat sama ada produk atau perkhidmatan yang dihasilkan menepati kehendak pengguna dan mereka sanggup membayarnya. Contohnya, seorang peniaga mengandaikan resepi pisang goreng karamelnya akan digemari para pekerja pejabat dan mereka akan sanggup membayar 50 sen satu. Value Hypothesis itu menjadi sah apabila ada pekerja pejabat membeli pada harga tersebut dan merasakannya berbaloi.

Growth Hypothesis pula melihat sama ada bisnes boleh menarik pelanggan baru pada kadar yang diperlukan atau tidak. Contohnya, peniaga pisang goreng tersebut mengandaikan pisang gorengnya cukup sedap sehingga sesiapa yang sudah membeli akan memberitahu kepada orang lain dalam mencapai jumlah 100 orang pelanggan sehari. Growth Hypothesis akan menjadi sah apabila ada pelanggan yang memberitahu dia datang membeli selepas merasa pisang goreng yang diberi oleh rakannya.

<< Definisi Pelbagai Pivot | Engine of Growth >>

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *