Month: March 2013

Audio atau Visual?

Secara amnya, medium komunikasi terbahagi kepada dua iaitu audio dan visual. Medium visual paling banyak digunakan dalam pengiklanan dalam bentuk flyers, poster, bunting dan sebagainya. Bagaimana pula dengan audio? Sepertimana komunikasi, perkara yang dijual oleh usahawan juga terbahagi kepada dua iaitu produk dan servis. Produk sesuai diiklankan melalui medium visual manakala servis sesuai diiklankan melalui …

Audio atau Visual? Read More »

Fokus Jenama

Minda manusia mempunyai had tertentu. Selalunya manusia hanya akan mengaitkan satu nama dengan satu fungsi atau satu kerja sahaja. Cubalah sekiranya anda memperkenalkan diri sebagai seseorang yang mempunyai 3-4 kerja, pening mereka nanti. Begitu juga dengan produk, sekiranya usahawan sudah membina jenama ABC sebagai jenama makanan jangan pula digunakan bagi produk minuman. Gunakan pula jenama …

Fokus Jenama Read More »

Fokus

Kunci utama mencapai positioning yang dikehendaki adalah fokus dan konsisten. Bayangkan bagaimana sebuah kanta pembesar dapat memfokuskan cahaya matahari yang lemah kepada satu sinaran yang mampu membakar. Jika diletakkan satu saat sahaja mungkin tiada apinya tetapi jika sudah seminit dua, kertas akan mula panas. Begitu juga dengan positioning, segala elemen bisnes perlu difokuskan bagi mencapai …

Fokus Read More »

Positioning & Edgecraft: Budaya

Tidak lengkap rasanya kalau membicarakan bahasa tanpa menyebut tentang budaya. Sepertimana bahasa, edge budaya juga sering dilupakan. Terlalu terikut-ikut budaya ‘global’ menyebabkan produk usahawan menjadi sama sahaja seperti produk keluaran ‘budak besar’. Ini menyebabkan produk usahawan tidak dapat bertapak dan seterusnya tidak mampu berkembang. Rantau ini sebenarnya mempunyai banyak kekayaan budaya yang boleh dijadikan modal …

Positioning & Edgecraft: Budaya Read More »

Positioning & Edgecraft: Bahasa

Bahasa boleh dikatakan sebagai satu edge yang selalu dilupakan. Ramai yang beranggapan produk mereka perlu sampai kepada semua orang dan memilih untuk menggunakan Bahasa Inggeris. Padahal dalam masa yang sama banyak syarikat dalam dunia ini membuat duit berjuta-juta dengan bahasa ibunda mereka. Penggunaan edge bahasa ini boleh datang dalam pelbagai bentuk;1. Produk itu sendiri boleh …

Positioning & Edgecraft: Bahasa Read More »

Positioning & Edgecraft: Bahan

Sumber lain inovasi adalah menukar bahan yang digunakan dalam penghasilan produk. Contoh terkenal sekarang adalah Cendol Bakar di Kuala Selangor. Inovasi mereka adalah pada membakar gula merah sebelum dijadikan air gula untuk diletakkan dalam cendol. Mereka juga menambah selasih, nata de coco dan beberapa bahan lain. Minggu ini saya Tuan Yusry Yusopp berkesempatan singgah ke …

Positioning & Edgecraft: Bahan Read More »

Positioning & Edgecraft: Jantina

Premis edge ini mudah sahaja, ambil produk yang selama ini ditujukan kepada satu jantina dan ditukarkan kepada jantina lain. Sebagai contoh, Samsung memperkenalkan siri smartphone edisi wanita dengan penampilan berbeza dan app tambahan. Adakalanya perubahan itu hanya sekadar pada perubahan sasaran pembeli dan pengguna produk itu masih sama. Sebagai contoh, Puan Saleha Idris menjual tudung …

Positioning & Edgecraft: Jantina Read More »

Positioning & Edgecraft: Saiz

Antara edge yang mudah untuk berinovasi adalah saiz. Usahawan boleh menawarkan produk yang lebih besar/gergasi/XL atau lebih kecil/mini/mikro. Perubahan saiz selalunya dapat menarik perhatian pasaran asalkan produk itu masih praktikal. Mungkin kita telah banyak lihat donut gergasi, namun bagaimana pula dengan kuih-kuih lain? Donut atau keria pun mudah untuk digergasikan. Produk juga boleh dikecilkan sepertimana …

Positioning & Edgecraft: Saiz Read More »

Positioning & Edgecraft: Harga

Antara edge yang boleh dicari dalam pasaran adalah edge harga. Ini adalah edge yang biasanya muncul dalam minda usahawan dan paling kerap disalahgunakan melalui tawaran harga murah. Penggunaan tawaran harga murah selalunya akan membawa hasil dengan segera iaitu penambahan jualan dan  pelanggan. Namun usahawan berhadapan dengan risiko jangka sederhana dan panjang di mana duit masuk …

Positioning & Edgecraft: Harga Read More »

Belum No. 1? Cari Lubang!

Kata orang Perancis, Cherhez la creneau atau cari lubang. Tiada gunanya kita cuba menyerang positioning budak besar yang sudah bertapak dalam pasaran. Kerja yang lebih produktif adalah mencari lubang dalam minda pelanggan dan pasaran. Kemudian isikan dengan produk yang sesuai dan boleh diterima oleh pelanggan. Persoalannya, bagaimana mencari lubang dan mengisinya? Strateginya adalah menggunakan Edgecraft, …

Belum No. 1? Cari Lubang! Read More »