Apa Dalam Minda Pelanggan?

Dalam minda pelanggan, setiap kategori produk mempunyai tangganya sendiri. Setiap tangga pula mempunyai kedudukan pertama, kedua dan seterusnya. Panjang setiap tangga menentukan berapa banyak jenama yang dapat diingat bagi setiap kategori produk.

Selalunya bagi setiap kategori produk pelanggan hanya akan ingat 2-3 jenama. Sebagai contoh, jurukamera selalunya hanya akan ingat Canon dan Nikon. Bila membeli makanan segera pula hanya akan ingat KFC dan McDonalds. Jarang seseorang pelanggan mengingat lebih dari 2-3 jenama melainkan dia memang gilakan kategori produk tersebut. Sebagai contoh, penggila siri animasi Jepun boleh menyenaraikan lebih dari 10 siri termasuk yang tidak tersiar di TV.

Seperkara lagi yang perlu diingat adalah kekangan minda manusia itu sendiri. Kebiasaannya manusia hanya akan ingat 7 perkara dalam satu-satu masa. Jadi, apabila usahawan mahu masuk ke dalam pasaran yang sudah ada lebih dari 7 jenama dia memang berhadapan dengan satu cabaran besar.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *