Positioning & Edgecraft: Bahasa

Bahasa boleh dikatakan sebagai satu edge yang selalu dilupakan. Ramai yang beranggapan produk mereka perlu sampai kepada semua orang dan memilih untuk menggunakan Bahasa Inggeris. Padahal dalam masa yang sama banyak syarikat dalam dunia ini membuat duit berjuta-juta dengan bahasa ibunda mereka.

Penggunaan edge bahasa ini boleh datang dalam pelbagai bentuk;
1. Produk itu sendiri boleh dibina menggunakan bahasa tersebut seperti buku, filem dan t-shirt bertulisan.
2. Penyampaian produk yang tidak dibina menggunakan bahasa tersebut seperti makanan, minuman dan lain-lain

Memilih bahasa lain selain bahasa yang ‘standard’ (Contohnya: Bahasa Inggeris) boleh membawa kelebihan sendiri. Usahawan tidak berhadapan dengan pemain besar yang lain dan mempunyai golongan pengguna yang ternanti-nanti produk ditawarkan dalam bahasa ibunda mereka.

PTS Publication mengambil risiko menerbitkan buku Bahasa Melayu pada zaman kedai-kedai buku besar seperti Popular dan MPH tidak menjual buku Bahasa Melayu selain buku teks. Jalan awalnya memang payah tetapi pulangannya berlipat kali ganda.

Lebih ekstrem lagi, usahawan boleh memilih hanya untuk melayan mereka yang berbahasa dengan bahasa tertentu. Sebagai contoh, sebuah kedai makanan Jawa boleh meletakkan syarat bahawa pelanggannya harus sekurang-kurangnya boleh mengucapkan kabare. Jika tidak, jangan haraplah boleh memesan makanan!

Dapatkan Video Tutorial Business Model Canvas di http://videotutorial.firdausariff.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *