Month: April 2013

Fast Follower

Dalam dunia bisnes, ada kelompok yang disebut sebagi fast follower. Mereka adalah individu atau syarikat yang pantas meniru prdouk atau business model orang lain. Peniruan dibuat apabila produk sudah mula popular dan apabila business model nampaknya boleh berfungsi. Fast follower tidak membahayakan sekiranya usahawan melakukan customer development terlebih dahulu dan mempunyai tribe yang kukuh menyokong. …

Fast Follower Read More »

Bidalan Bisnes: Menebas Lalang

Apabila seorang usahawan mencipta peluang sendiri dengan meneroka bidang baru, selalunya hasil tidak boleh dituai dengan segera. Bahkan, biji benih pun tidak dapat ditanam dengan segera. Ini kerana lalang yang merimbun akan membunuh biji benih. Bidang baru juga bermakna tanah tersebut masih belum ditebas lalangnya. Antara perkara yang boleh menjadi lalang adalah kurangnya kesedaran pengguna, …

Bidalan Bisnes: Menebas Lalang Read More »

Eksperimen Demi Eksperimen

Adakah cukup dengan sebuah eksperimen sahaja? Apa yang hendak kita lakukan apabila eksperimen kita gagal? Menyambung contoh sebelum ini tentang tadika, mari kita andaikan hasilnya hanya 10 orang yang berminat menghantar anak mereka. Mungkin taman perumahan yang menjadi sasaran eksperimen tersebut banyak dihuni oleh mereka yang sudah agak berumur. Anak-anak mereka sudah besar dan cucu …

Eksperimen Demi Eksperimen Read More »

Membina Eksperimen

Bagaimana kita hendak membina sebuah eksperimen Lean Startup? Apa yang hendak diukur? Bagaimana hendak mengukur? Ada banyak taktik yang boleh digunakan seperti tinjauan menggunakan flyers, FB, emel dan telefon. Tidak kira apa pun taktik yang digunakan, intipatinya tetap sama. Usahawan perlu jelas dengan apa yang hendak dipelajari. Perkara pertama yang perlu dipelajari adalah keserasian antara …

Membina Eksperimen Read More »

Pengiraan Lean

Supaya lebih jelas apa itu lean, mari kita lihat sebuah contoh yang melibatkan pengiraan. Pemikiran konvensional akan memikirkan bagaimana untuk menurunkan kos per unit supaya mendapat untung per unit yang lebih tinggi. Selalunya, kos per unit dapat diturunkan melalui pengeluaran berkuantiti tinggi. Prinsip Lean pula mementingkan unit-unit yang dihasilkan itu habis terjual dan tidak mengapa …

Pengiraan Lean Read More »

Apa Itu Lean?

Apa itu Lean? Adakah Lean Startup bermaksud memulakan bisnes dengan modal bawah RM1000? Atau adakah Lean Startup bermaksud tidak mengeluarkan wang dalam berbisnes? Lean bermaksud tiada waste atau tiada pembaziran. Apa maksudnya tiada pembaziran? Tiada pembaziran bermaksud setiap wang modal yang dikeluarkan ada hasilnya. Setiap pelaburan yang dibuat juga sudah ada hala tujunya. Ramai usahawan …

Apa Itu Lean? Read More »

Lean Startup: Hendak Bermula di Mana?

Setiap eksperimen Lean Startup sebenarnya menguji apa akan jadi apabila kita mengubah sesuatu blok dalam Business Model Canvas. Blok-blok Business Model Canvas dari kiri ke kanan sebenarnya adalah seperti dari kilang ke produk ke pengguna. Internet dan kemajuan teknologi menyebabkan semua orang ada akses kepada kilang. Semua orang boleh terbang balik hari naik Air Asia …

Lean Startup: Hendak Bermula di Mana? Read More »

Design Thinking

Apa yang selama ini diajar di sekolah adalah Critical Thinking. Pada suatu ketika komponen ini dimasukkan secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai KBKK (Kemahiran Berfikir Secara Kritis & Kreatif). Mazhab di Ainon Business School adalah Design Thinking. Bagi memudahkan pemahaman tentang apa beza antara Critical Thinking, kita lihat sebuah contoh yang mudah. Ashraf & …

Design Thinking Read More »

Bidalan Bisnes: Mencipta Peluang

Apabila sudah terlalu kerap dicanangkan bahawa kita harus merebut peluang, ramai terlupa kita sebenarnya kita boleh mencipta peluang. Ramai fikir bahawa buah hanya ada pada pokok yang sudah sedia ada. Mereka terlupa bahawa pokok boleh ditanam. Orang ramai mahukan buah yang baru, buah yang lebih manis dan berwarna-warni. Buah-buah itu memerlukan pokok-pokok baru ditanam. Masih …

Bidalan Bisnes: Mencipta Peluang Read More »

Bidalan Bisnes: Sang Perebut Peluang

Merebut peluang diibaratkan seperti merebut buah dari pokok yang sudah masak ranum. Si perebut peluang pula adalah mereka yang sentiasa mencari pokok yang baru berbuah. Namun, ada juga perebut peluang tegar ini yang tetap tidak mendapat hasil. Tidak mendapat buah. Mereka sentiasa lihat pokok lain lebih menarik buahnya sedangkan buah di hadapannya akan masak esok. …

Bidalan Bisnes: Sang Perebut Peluang Read More »