Design Thinking

Apa yang selama ini diajar di sekolah adalah Critical Thinking. Pada suatu ketika komponen ini dimasukkan secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai KBKK (Kemahiran Berfikir Secara Kritis & Kreatif). Mazhab di Ainon Business School adalah Design Thinking.

Bagi memudahkan pemahaman tentang apa beza antara Critical Thinking, kita lihat sebuah contoh yang mudah. Ashraf & Ahmad baru berniaga pisang goreng dan pada penghujung hari, mereka mendapati mereka kerugian RM300.

Menggunakan Critical Thinking, mereka akan mencari punca kerugian tersebut. Antaranya kos beli kuali, hujan menyebabkan pelanggan tidak datang, tersalah beri baki dan sebagainya. Selalunya dalam mencari punca akan berlaku tuduh-menuduh dan salah-menyalah. Akhirnya, mereka akan memulakan hari kedua berniaga dengan bermasam muka.

Melalui Design Thinking, mereka tetap mengakui akan kerugian tersebut tetapi tidaklah meletakkan itu sebagai beban di atas kepala mereka. Sebaliknya, mereka akan mencari jalan untuk mencipta keuntungan yang lebih besar esok. Mereka akan berfikir tentang promosi, lokasi baru, menaikkan harga dan sebagainya. Mereka akan mulakan hari kedua perniagaan dengan harapan dan perasaan yang lapang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *