Getting Real: Adakan Musuh

Cari Gaduh
Adakalanya cara terbaik untuk mengetahui bagaimana app anda sepatutnya jadi ialah dengan mengetahui apa yang app tersebut tidak patut jadi. Ketahui musuh app anda dan akan disuluh ke mana anda harus pergi.
Apabila kami memutuskan untuk mencipta software pengurusan projek, kami tahu Microsoft Project adalah raksasanya. Jangan takut dengan raksasa tersebut tetapi gunakannya sebagai sumber motivasi. Kami memutuskan Basecamp akan jadi anti-Project.
Kami menyedari bahawa pengurusan projek bukannya tentang carta, graf, laporan dan statistik – ianya tentang komunikasi. Pengurusan projek bukan tentang pengurus projek yang jauh lebih tinggi dan mengarah dari atas. Ia adalah tentang semua orang mengambil tanggungjawab bersama bagi menjayakan projek.
Musuh kami adalah Pengarah Pengurusan Projek dan tools yang mereka gunakan. Kami mahu mendemokrasikan pengurusan projek – menjadikannya sesuatu yang ingin disertai semua (termasuk klien). Projek menjadi lebih baik apabila semua orang mengambil tanggungjawab bersama dalam proses.
Apabila mencipta Writeboard, kami tahu ada ramai pesaing lain dengan feature-feature yang gempak. Kami memutuskan untuk mencipta sesuatu yang ringkas. Kami mencipta app yang membolehkan pengguna berkongsi dan berkerjasama atas sesuatu idea dengan mudah, tanpa mengahmbat mereka dengan feature yang tidak penting. Sekiranya tidak penting, kami akan tinggalkan. Hanya dalam masa tiga bulan selepas pelancaran, lebih 100,000 Writeboard telah dicipta.
Apabila kami memulakan Backpack musuh kami adalah adalah struktur dan peraturan ketat. Pengguna seharusnya bebas mengurus maklumat dengan cara mereka sendiri – bukannya berdasarkan skrin yang sudah diformat atau borang yang berjela-jela.
Satu bonus yang anda dapat dengan mempunyai musuh adalah mesej marketing yang jelas. Orang ramai teruja dengan konflik. Mereka juga memahami produk dengan membandingkannya dengan yang lain. Melalui musuh yang dipilih, anda mengisi orang ramai dengan cerita yang mereka mahu dengar. Bukan sahaja mereka akan lebih cepat dan lebih memahami produk anda, mereka juga akan menjadi partisan. Itu adalah cara yang pasti untuk mendapatkan perhatian dan mencetuskan nyalarasa.
Walaupun saya sudah menyebut semua itu, adalah penting untuk tidak menjadi terlalu obses dengan persaingan. Terlebih analisa produk-produk lain dan anda akan mula mengehadkan pemikiran. Lihat sekali kemudian teruskan dengan wawasan serta idea anda.
Jangan Ikut Pemimpin
Marketer (bahkan semua manusia) adalah cukup terlatih untuk mengikut pemimpin. Gerak hati semulajadi adalah untuk menentukan apa yang menjadi untuk pesaing dan cuba mengatasi mereka – menjadi lebih murah daripada pesaing anda yang bersaing pada harga, atau lebih pantas daripada pesaing yang bersaing pada kepantasan. Masalahnya apabila pengguna sudah termakan cerita orang lain, mempengaruhi pelanggan tersebut untuk berubah bermakna memujuk beliau mengaku dia salah. Manusia benci mengaku salah.
Sebaliknya, anda harus menceritakan sesuatu yang berbeza dan mempengaruhi pendengar bahawa cerita anda lebih penting daripada cerita yang mereka percayai sekarang. Sekiranya pesaing anda lebih pantas, anda harus lebih murah. Sekiranya mereka menjual cerita kesihatan, anda harus menjual cerita kemudahan. Bukannya graf menunjukkan kami lebih murah tetapi cerita sebenar yang jauh berbeza daripada cerita yang sudah sedia ada.
Seth Godin, penulis/usahawan (Dari Be a Better Liar)
Apa Isu Pokok?
Salah satu cara terpantas untuk menjerumuskan diri dalam masalah adalah untuk melihat apa yang pesaing anda lakukan. Ini memang benar bagi kami di BlinkList. Sejak kami bermula sudah ada 10 lagi servis social bookmarking yang dilancarkan. Malah ada yang sudah membuat jadual yang menunjukkan perbandingan feature secara terperinci.
Namun ini akan cepat menyesatkan seseorang. Sebaliknya, kami kekal fokus pada gambaran besar dan terus bertanya kepada diri kami, apakah isu pokok yang kami sedang cuba selesaikan dan dan bagaimana kami boleh menyelesaikannya.

Michael Reining, pengasas bersama – MindValley & BlinkList

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *