Getting Real: Jadi Diri Sendiri

Bezakan diri anda berbanding syarikat lebih besar dengan menmberi layanan peribadi dan mesra

Banyak syarikat kecil membuat kesilapan berpura-pura menjadi besar. Seolah-olah saiz kecil itu adalah satu kelemahan yang perlu ditutup. Sebenarnya anda tidak perlu berbuat demikian. Bersaiz kecil sebenarnya boleh menjadi satu kelebihan, terutamanya apabila melibatkan komunikasi.
Syarikat kecil menikmati birokrasi dan protokal yang minima serta lebih banyak kebebasan. Syarikat yang lebih kecil juga lebih hampir dengan pelanggan. Ini bermakna mereka boleh berkomunikasi secara lebih terus dan peribaadi. Sekiranya anda kecil, anda boleh gunakan bahasa yang mudah dan bukannya istilah teknikal. Laman web dan produk anda boleh mempunyai ‘suara insani’ dan bukannya ‘robot korporat’. Bersaiz kecil bermakna anda berkomunikasi pada aras yang sama dengan para pelanggan anda.
Komunikasi dalaman bagi syarikat kecil juga mempunyai kelebihan tersendiri. Anda boleh buang banyak protokol. Tidak perlu proses yang melecehkan dan memerlukan banyak tandatangan untuk segalanya. Semua orang yang terlibat boleh bersuara secara terbuka dan jujur. Idea yang mengalir tanpa sekatan adalah salah satu kelebihan besar kekal kecil.
Jujur Dengan Bangga & Tanpa Segan-Silu
Mungkin anda fikir para pelanggan boleh terpedaya dengan gebangan anda tentang bilangan kakitangan dalam syarikat anda atau variasi tawaran anda. Sebenarnya pelanggan yang bijak – yang sebenarnya anda mahu akan sentiasa dapat menghidunya. Sama ada melalui pemikiran logik atau gerak hati. Ini memang memalukan, tetapi saya sendiri pernah terlibat melakukan kesilapan ini. Akhirnya, gebangan ini tidak membawa kepada apa yang paling penting dalam bisnes iaitu perhubungan yang bermakna, bermanfaat dan berpanjangan dengan mereka yang benar-benar memerlukan perkhidmatan yang ditawarkan. Kami sepatutnya bangga dan tanpa segan-silu menyatakan saiz dan keupayaan sebenar syarikat.
Tidak Kira Masa
Tidak kira apa pun industri bisnes anda, perkhidmatan pelanggan yang bagus adalah permintaan terbesar oleh para klien. Kita mahukannya pada perkhidmatan yang kita gunakan jadi mengapa pula kita fikir pelanggan kita berbeza? Sejak awal awal lagi kami memudahkan para pelanggan untuk berhubung dengan kami tentang sebarang persoalan yang mungkin mereka hadapi. Laman web kami mempunyai nombor talian bebas tol yang diforward ke nombor tlefeon kami. Setiap kad bisnes kami mempunyai nombor telefon bimbit. Kami menekankan kepada para pelanggan kami bahawa mereka boleh menghubungi pada bila-bila masa tidak kira apa sahaja masalahnya. Para pelanggan kami menghargai tahap kepercayaan sebegini dan tiada siapa yang pernah menyalahgunakan perkhidmatan ini.

Edward Knittel, Pengarah Jualan & Pemasaran, KennelSource

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *