Getting Real: Dapatkan Pelanggan Yang Betul

Cari Pasaran Teras Untuk Aplikasi Anda dan Fokus Sepenuhnya Kepada Mereka

Pelanggan tidak sentiasa betul. Sebenarnya anda perlu tentukan siapa yang sesuai dan tidak sesuai menjadi pengguna app anda. Berita baiknya, Internet memudahkan anda mencari mereka yang sesuai.

Sekiranya Anda Cuba Memuaskan Hati Semua Orang, Anda Tidak Akan Memuaskan Sesiapa

Apabila kami membina Basecamp, kami menumpukan marketing kami kepada syarikat-syarikat design. Fokus sebegini meningkatkan kemungkinan untuk mendapatkan pengguna tegar yang seterusnya akan mempromosikan produk tersebut. Ketahui siapa sebenarnya pengguna app anda dan fokus untuk memuaskan hati mereka.

Keputusan Terbaik Kami

Keputusan untuk mensasarkan Campaign Monitor hanya untuk pasaran web design adalah keputusan terbaik yang pernah kami buat. Keputusan tersebut membolehkan kami menentukan fungsi mana yang perlu dimasukkan dan yang mana perlu dibuang. Bukan sahaja kami menarik lebih ramai pelanggan dengan mensasarkan kumpulan yang lebih kecil, para pelanggan ini juga mempunyai keperluan yang serupa. Ini seterusnya memudahkan kerja kami. Terdapat banyak fungsi dalam Campaign Monitor yang tidak berguna kepada mereka yang bukan web designer.

Memfokuskan kepada pasaran teras juga memudahkan promosi software. Apabila audiens sudah jelas, kami boleh mengiklan di tempat mereka melepak online, menulis artikel yang menarik minat mereka dan membina komuniti di sekeliling produk kami.

David Greiner, Pengasas Campaign Monitor


Anda seorang freelancer yang sudah bosan dengan bayaran murah dan klien yang tidak memahami? Sertai kami di link ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *