Mengapa Bina Web App SMS Baru?

Semalam saya sudah ceritakan tentang isu-isu Internet Marketing yang membawa kami memilih solusi SMS Marketing. Antaranya adalah harga iklan yang semakin mahal, sekatan serta tapisan syarikat media internet. Namun, bukankah sudah ada banyak app SMS dalam pasaran? Mengapa pula perlu dibina yang baru?

Saya sudah mencuba beberapa app Android antaranya MightyText dan AirDroid. Secara asasnya, app ini membolehkan kita mengawal sistem SMS dalam smartphone melalui web. Ini membolehkan kita copy paste nombor dan mesej yang mahu dihantar SMS. Memang lebih baik berbanding menekan sendiri pada smartphone sehingga sakit jari tetapi masih tidak cukup sistematik. Hantar 10 – 30 SMS oklah menggunakan app ini tetapi bila sudah masuk 100 app sebegini sudah tidak praktikal.
Bagaimana pula dengan penyedia Gateway Bulk SMS tempatan? Urgh, lihat website pun sudah serabut. Pakejnya bermacam-macam dan perlu beli kredit yang banyak. Tambah pula payah hendak digunakan melalui iPad.
Kemudian, saya terfikir pula tentang web app email marketing sedia ada. Fungsi yang wajib adalah borang pendaftaran dan keupayaan untuk hantar email kepada semua yang sudah mendaftar. Kami mahu fungsi sedemikian tetapi untuk SMS.
Secara peribadi saya pernah menggunakan Aweber & GetResponse tetapi saya merasakan web app ini masih komplikated dan mempunyai terlalu banyak fungsi yang tidak digunakan. Kemudian rakan saya Bukhari Ramli menunjukkan TinyLetter. Fungsinya simple dan fokus kepada apa yang penting sahaja. Ada borang sign up dan boleh hantar emel kepada semua. Itu sahaja fungsi yang ada, autoresponder pun tidak ada.
Maka, saya dan Abi Dzar menetapkan objektif kami iaitu mencipta web app SMS Marketing yang mudah dan simple seperti TinyLetter. Pada hari itu kami sebenarnya berjumpa untuk membincangkan UrusKelas.com tetapi bila lihat kami boleh cipta RoketSMS dengan pantas terus sahaja kami lompat kepada projek ini.
(Mereka yang gunakan UrusKelas.com jangan risau, kami akan kembali mengerjakan web app itu nanti)
RoketSMS terlalu simple? Ya, web app ini memang sengaja direka sedemikian. Ini adalah web app untuk memudahkan usahawan berhubung dengan pelanggan melalui SMS (secara semudah yang mungkin) dan untuk mereka yang pertama kali melakukan marketing secara sistematik.
Alhamdulillah, akhirnya RoketSMS.com sudah boleh mula beroperasi semalam untuk mereka yang telah pra-daftar. Tagline kami adalah Sistem Marketing Simple melalui SMS. Atau dalam singkatannya SMS melalui SMS.
Pelancaran?
Kami mensasarkan untuk membuka RoketSMS kepada pengguna umum menjelang hujung bulan ini. Pada masa ini kami hanya memberikan akses kepada mereka yang sudah mendaftar. Tuan-tuan boleh mendaptakan maklumat lanjut dan pra-daftar di link ini.

2 thoughts on “Mengapa Bina Web App SMS Baru?”

  1. Salam saudara Firdaus, saya Stella dari Tandemic. Boleh tak saudara kongsi bersama saya senarai bacaan blog yang saudara baca untuk saya buat rujukan tulisan? Sekian, terima kasih.

  2. Salam Saudari Stella

    Kebanyakan tulisan dalam blog ini adalah dari pembacaan buku-buku bisnes. Blog pula yang selalu dibaca kebelakangan ini adalah:

    1. Seth Godin – http://sethgodin.typepad.com
    2. Fast Company Design – http://www.fastcodesign.com
    3. Smashing Magazine – http://www.smashingmagazine.com

    Ada juga artikel-artikel berkaitan dan menarik yang datang entah dari blog mana. Selalunya terjumpa melalui Flipboard atau LinkedIn.

    Buku yang banyak mempengaruhi projek RoketSMS dan tulisan di blog kebelakangan ini adalah
    1. Getting Real & Rework – Jason Fried
    2. The $100 Startup – Chris Guillebeau
    3. Anything You Want – Derek Sivers

    Bacaan wajib bisnes pula adalah
    1. Business Model Canvas – Alexander Osterwalder & Yves Pigneur
    2. Lean Startup – Eric Ries

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *