Mengapa Kami Cipta RoketSMS?

Idea untuk SMS Marketing bukanlah sesuatu yang baru. Malah, pada satu ketika pernah ada kegilaan tentang SMS Marketing di Malaysia. Namun banyak sebenarnya skim MLM berselindung di sebalik sistem SMS ataupun menjual SMS spammer. Sedikit sahaja yang sebenarnya menjual sistem SMS marketing.

Baik, kenapa idea ini muncul semula? Bukankah kita sudah ada Facebook dan email? Dua medium yang canggih dan boleh mencapai ramai orang. Mudah untuk mengumpul untuk Facebook fans dan alamat emel. Pelanggan juga suka kerana kaedah ini mudah untuk berhubung.

Pada awalnya, segalanya berjalan lancar. Setiap apa yang yang kita post di FB page dan dihantar melalui emel semuanya sampai kepada para pelanggan kita. Facebook menjadi medan mengumpul audiens dan kemudian mudah untuk mendapatkan emel.

Kemudian, keadaan mula berubah. Pada awalnya, kita boleh mendapatkan alamat emel fans Facebook page dan mereka yang mendaftar FB Events. Kemudian, fungsi itu dipadamkan dan kita hanya boleh PM kepada fans. Sudahnya hanya fans yang boleh PM kepada Facebook page. Sedikit demi sedikit, keupayaan untuk berhubung terus kepada pelanggan dihakis.
Sudahlah begitu, post dari Facebook page kemudiannya turut disekat. Kini hanya sebahagian kecil fans yang akan lihat post anda – selalunya dalam sekitar 10%. Anda perlu suruh mereka secara manual pilih option Get Notification bagi mendapat maklumat daripada anda. Jika tidak, anda perlu bayar untuk sponsored post ataupun iklan. Bayangkan, anda sudah bersusah-payah mengumpul fans dan akhirnya anda ditapis serta disekat begitu sahaja?

Email juga tidak terlepas daripada sekatan sebegini. Gmail baru-baru ini melancarkan fungsi untuk menapis emel, segala emel yang dianggap sebagai promosi terus dimasukkan dalam tab lain. Sudahlah begitu, tab promosi itu ada pula iklan daripada Google! Terus sahaja para email marketer melaporkan kejatuhan open rate email mereka.

(Jika anda belum lihat tab sebegini dalam Gmail anda, tunggu sahaja seminggu dua lagi)

Seth Godin telah menulis tentang perkara ini di blognya, beliau menerangkan bagaimana syarikat media dan komunikasi mencari Choke Point untuk dieksploitasi bagi menghasilkan wang. Choke Point adalah tempat di mana syarikat media dan komunikasi boleh mengawal akses kepada rangkaian lalu mengenakan caj untuk mendapatkan akses penuh. 
Jadi, bagaimana hendak mengatasi Choke Point ini? Facebook dan Gmail tentunya makin lama akan mengenakan caj makin mahal untuk mendapatkan akses. Syarikat-syarikat lain mungkin sahaja mengikut jejak langkah yang serupa.
Fikir punya fikir, akhirnya teknologi old school juga menjadi pilihan. SMS dilihat sebagai alternatif terbaik kerana kosnya berpatutan dan membolehkan mesej disampaikan dengan pantas. Mesej yang boleh dihantar tidak begitu panjang tetapi anda boleh mendapatkan perhatian pelanggan. Anda juga boleh meletakkan link website jika mahu bercerita lebih panjang. 
Bukankah sudah ada pelbagai perkhidmatan apps dan servis SMS marketing? Mengapa masih perlu mencipta app baru seperti RoketSMS? InsyaAllah, saya akan ceritakan esok tentang apa solusi yang telah kami cuba dan mengapa akhirnya kami memilih untuk buat satu app baru.
Bagi mereka yang merasakan isu yang diceritakan di atas relevan kepada bisnes mereka dan mencari solusi, ketahui lebih lanjut tentang RoketSMS di link ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *