Usah Diratap Industri Yang Mati

Pesta Buku Antarabangsa dapat pindah kembali ke PWTC. BB1M masih diteruskan walaupun dengan kaedah berbeza. Tahun 2016 hanya berbaki sehari tetapi ramai penulis masih belum terima royalti 2015. Adakah segala usaha industri buku tempatan sia-sia? Adakah industri buku sudah betul-betul mati?

Sebetulnya, industri buku tidak mati. Buku-buku masih terus rancak diterbitkan. Pembaca buku masih beli buku. Penulis masih giat berkarya. Apa yang mati adalah business model. Lebih spesifik lagi rantaian business model rumah penerbitan dan kedai buku.

Mungkin raamai terlepas pandang bahawa business model juga ada tarikh luputnya. Sama sahaja seperti roti dan susu. Besi pun boleh karat dan hancur, apatah lagi business model yang sekadar hasil buah fikiran. Kita tidak meratapi roti yang basi kerana kita tahu tarikh luputnya. Jika kita ambil masa menilai keadaan bisnes dan ekonomi, kita juga boleh tahu tarikh luput business model. Maka, kematian business model juga tidak harus diratapi.

Membelek kemabli nota lima tahun lepas, perubahan teknologi dan ekonomi memang sudah dijangka. Malah sudah diberi amaran bahawa logik business model baru ini sangat berbeza. Ruang perlu diberikan untuk bebas meneroka.

Bukan itu sahaja, produk apa dan untuk siapa juga sudah diusul. Namun, cadangan hanya tinggal cadangan. Buku nota ini hanya terperuk mengumpul habuk. Duduk bergelap dalam almari. Kembali mendepani 2017, ada antara idea lima tahun lepas akhirnya akan dilaksana. Masih ada beberapa yang berpotensi untuk membuahkan hasil.

Tidak kurang juga ada idea yang sempat basi dalam tempoh lima tahun ini. Perubahan zaman terlalu pantas membawa bah berkali-kali. Pantai industri buku sudah tidak dapat dicam. Apa yang pasti, konten masih raja. Pegang teras itu dan masih ada ruang untuk mencipta business model yang baru dan menguntungkan.

Mereka yang degil dengan business model lama? Selamat tinggal kawan!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *