Apa Itu Long Tail?

Long Tail merujuk kepada graf ‘power law’ yang menunjukkan taburan sesuatu perkara. Secara lebih spesifiknya, Long Tail yang dibincangkan di sini adalah berdasarkan tulisan Chris Anderson dalam buku beliau The Long Tail. Kita akan melihat bagaimana Long Tail berfungsi dalam dunia bisnes.

Menurut Pareto Principle, 20 peratus barangan menyumbang kepada 80 peratus jualan. Long Tail menunjukkan fenomena yang lebih ekstrem di mana kurang daripada 10 peratus barangan boleh menyumbang kepada hampir 90 peratus jualan.

Dunia bisnes selama ini berlegar pada short head. Kedai-kedai dipenuhi produk-produk hit yang popular dalam populasi. Sekiranya produk tidak cukup popular dan tidak menepati citarasa massa, maka produk itu akan terkeluar dari pasaran.

Kita boleh lihat produk-produk Short Head di kaunter-kaunter pembayaran di pasaraya. Produk-produk ini adalah produk-produk popular yang dibeli oleh semua. Selama ini sahajalah caranya untuk mencipta keuntungan, hasilkan produk yang akan dibeli oleh semua.

Mengapa ini berlaku? Produk memerlukan edaran dan kedai mempunyai ruang yang terhad. Sekiranya tidak cukup laku, mereka tidak akan mengambil lagi stok produk produk tersebut. Oleh itu produk perlu diterima dan dibeli oleh cukup ramai orang dalam masa yang tertentu. Sekiranya produk mengambil masa yang terlalu untuk dijual, maka itu juga dikira sebagai tidak cukup popular.

Oleh itu, kos edaran menjadi mahal kerana produk harus cukup murah, cukup popular, cukup diiklankan untuk dijual di kedai-kedai. Inilah faktor yang menyebabkan Short Head mendominasi pasaran selama ini.

Bagaimana pula dengan Long Tail? Kita akan lihat dalam bahagian yang seterusnya.