Bagaimana McDonald's Malaysia Memperbodohkan Rakyat Malaysia
Masuk 3 Syawal, tiba-tiba McDonald’s Malaysia bersuara melalui Berita Harian. Ahli Lembaga Pengarah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s Malaysia, Wan Mohd Zam Wan Embong tampil memberikan kenyataan. Mungkin mereka sudah ‘panas punggung’ atas boikot yang berlarutan.
Banyak restoran McDonald’s milik penuh rakyat Malaysia
Kita tidak perlu pergi jauh pun – ada baiknya kita semak kebenaran fakta dalam headline atau tajuk artikel ini. Mengikut laman web rasmi mereka terdapat 242 outlet McDonald’s Malaysia. Berapa banyak yang dikatakan banyak? 30 peratus? 40 peratus? Sekiranya 30 peratus harus ada 72 outlet, sekiranya 40 peratus harus ada 96 outlet.
Sebanyak 67 restoran kami dimiliki dan diusahakan oleh 27 francaisi tempatan, yang 40 peratus sehingga 50 peratus daripada mereka adalah berbangsa Melayu yang beragama Islam.
Adakah 27.68% outlet dikira banyak? Apa yang pasti bukan majoriti. McDonald’s Malaysia memiliki bakinya dan memiliki majoriti outlet.
Berapa banyak pula kepentingan Melayu?
Ahli lembaga pengarah yang seramai 10 orang pula hanya ada 2 orang pengarah Melayu!
Wan Mohd Zam berkata, hubungan antara McDonald’s Malaysia dan McDonald’s Corporation adalah atas dasar hubungan komersial yang mana pihaknya membayar royalti sebanyak lima peratus di atas hasil jualan.
Tajuk artikel pun sudah memberi gambaran salah. Sejauh mana lagi McDonald’s Malaysia mahu memperbodohkan rakyat Malaysia?