Berapa Harga Sewa Tapak Bazar Ramadan di Bangi?

Beberapa hari lepas saya sempat berborak dengan penjual pisang goreng tepi jalan berhampiran dengan rumah. Katanya akan menjual nasi lemak sepanjang bulan Ramadan di tapak yang biasa.

Saya tanya kenapa tak sertai bazar Ramadan?

Jawabnya mahal sangat! Teruslah beliau menyenaraikan beberapa harga:

  • RM650 Seksyen 3
  • RM750 Seksyen 7
  • RM1000 tapak MPKj depan Hotel Tenera

Itu belum termasuk yuran SOP RM10 sehari. Sewa tapak lebih mahal berbanding tahun 2019 dan jumlah pengunjung pula dihadkan.

Jawab saya, "Memang harga tak masuk akal!"