Bonus Hujung Tahun

Satu lagi bonus sebelum mengakhiri tahun 2012 adalah laman web Business Book Canvas di http://bookcanvas.firdausariff.com

Projek ini tercetus hasil perbincangan bersama Tuan Fazrul Ismail dan Tuan Qayyum Halele tentang bagaimana buku-buku boleh disusun mengikut blok-blok Business Model Canvas. Saya telah menyenaraikan beberapa buah buku dan tuan-tuan juga boleh menambah buku kegemaran sendiri.

Sebagai sebuah MVP, laman web ini dibina menggunakan Google Sites berserta Google Docs. Fungsi senarai dan penambahan buku dibina menggunakan Google Docs. Malah, sistem pengesahan emel juga menggunakan fungsi sedia ada dalam Google Docs. Beza berbanding aplikasi web yang dibina secara khusus adalah solusi ini memerlukan masa 5-10 minit untuk update senarai secara automatik setelah ada entri baru.

Apapun, laman web ini telah dibina dalam masa kurang 4 jam dan ia sudah boleh berdiri sendiri. Sekali lagi saya menjemput tuan-tuan ke http://bookcanvas.firdausariff.com dan berkongsi buku bisnes kegemaran tuan-tuan.