Business Model Canvas: Cost Structure
Ciri-ciri kos pula adalah seperti berikut:
Kos Tetap
Sesetengah bisnes mempunyai kos tetap yang signifikan. Selalunya ciri ini wujud dalam bisnes-bisnes yang memerlukan infrastruktur fizikal yang besar. Sebagai contoh, kilang mempunyai kos tetap yang besar bagi bangunan, mesin dan overhead bulanan untuk elektrik, gaji serta air.
Kos Boleh Ubah
Kos boleh ubah pula boleh dilihat dalam bisnes seperti khidmat guaman. Peguam tidak dapat tahu lebih awal berapa banyak kos pengangkutan dan kos dokumentasi yang diperlukan bagi setiap kes. Hanya setelah selesai kes barulah dia tahu kos sebenar. Kos bagi kes berikutnya pula akan berbeza walaupun dalam bidang yang sama.
Economies of Scale
Model bisnes yang melibatkan pengeluaran biasanya mempunyai economies of scale kerana semakin banyak produk dihasilkan, semakin murah kosnya. Sebagai contoh, kos membuat acuan dan mesin menghasilkan berus gigi itu mahal kos permulaannya tetapi kos bahan mentah setiap unit berus gigi itu sangat murah. Setelah kos permulaan dapat ditampung, maka kos pengeluaran setiap unit selepas itu menjadi tersangat murah.
Economies of Scope
Economies of Scope pula datang apabila sesuatu bisnes menambah perkhidmatan atau produk yang mengoptimumkan penggunaan sumbernya. Sebagai contoh, syarikat perlombongan yang mempunyai kuari batu boleh menambah perkhidmatan sebagai kontraktor pembinaan jalan. Berbekalkan sumber utama yang terus dan lebih murah, mereka dapat meletakkan harga yang lebih rendah bagi kualiti yang sama.
Alhamdulillah, kita sudah menamatkan siri Business Model Canvas. Download eBook Business Model Canvas di http://bit.ly/eBookBMC4
Ikuti Kelas Strategi Bisnes di http://kelasstrategibisnes.blogspot.com/