Business Model Canvas: Key Activities
Pengeluaran (Production)
Pengeluaran melibatkan penghasilan produk fizikal. Sebagai contoh, Ramly Burger mengeluarkan burger (tentulah! hehe) dan nugget dari kilangnya. Aktiviti jenis ini memerlukan bahan mentah serta mesin dan pekerja. Pengeluaran bersifat rutin di mana setiap produk yang dihasilkan adalah sama.
Menyelesaikan Masalah (Problem Solving)
Berbeza dengan pengeluaran, penyelesaian masalah memerlukan penyelesaian yang berlainan bagi setiap pelanggan. Contoh paling mudah adalah klinik di mana doktor perlu mendiagnos pesakit dan memberikan rawatan yang bersesuaian. Kerja doktor adalah problem solving tetapi kilang pengeluaran ubat adalah production.
Platform / Network (Platform / Rangkaian)
Aktiviti jenis ini lebih rumit berbanding pengeluaran dan penyelesaian masalah kerana platform berhadapan dengan pelbagai jenis pelanggan dan pembekal (multi-sided). Sebagai contoh, syarikat Karangkraf harus mengendalikan pembaca akhbar serta majalah, wartawannya sendiri, penulis luar, penulis dan pengiklan. Pengendali platform harus memastikan platform dikenali dan semua infrastrukturnya berjalan lancar. Pihak Karangkraf harus memastikan semua majalah terbit tepat pada masanya, diedarkan dengan menyeluruh, dipromosikan secara meluas dan mendapat pengiklan yang berprestij.
Kerja pengendalian platform adalah renyah dan melibatkan kedua-dua production serta problem solving. Sebagai contoh, kerja mencetak majalah adalah production tetapi memujuk pengiklan membeli ruang iklan itu adalah problem solving.
Ikuti Kelas Strategi Bisnes di http://kelasstrategibisnes.blogspot.com/
Topik Seterusnya: Key Partnership