Business Model Tersembunyi

Sebelum melaburkan wang dalam sesuatu bisnes, fahami betul-betul business model bisnes tersebut. Banyak bisnes sebenarnya tidak buat duit melalui cara yang kita sangka. Kegagalan memahami perkara ini akan pantas melingkupkan pelabur dan usahawan baru.

Contoh yang paling selalu kita lihat adalah stesen minyak. Bisnes ini sebenarnya tidak buat duit melalui penjualan minyak petrol dan diesel. Memang kita lihat banyak wang mengalir masuk namun sebenarnya margin mereka sangat tipis. Setiap kali sebuah kereta datang mengisi minyak entah berapa sen sahaja keuntungan mereka.

Ini tidak berbaloi dengan kos tanah yang tinggi, kos pembinaan, staf, overhead dan sebagainya. Malah, sekiranya stok minyak tidak dijual dengan cukup pantas mereka boleh rugi kerana minyak meruap ke udara begitu sahaja. Bisnes ini sebenarnya buat duit melalui mini market mereka. Senang cakap, mereka ini dua kali lima sahaja dengan 7 Eleven.

Begitu juga dengan farmasi, mereka bukan buit sangat dengan ubat preskripsi kerana harganya agak terkawal dan kos menggaji ahli farmasi adalah tinggi. Sebetulnya mereka buat duit dengan kosmetik, sabun, coklat dan gula-gula!

Lebih ekstrem lagi, ada bisnes yang sebenarnya langsung tidak buat duit. Ada akhbar dan majalah yang ditubuhkan semata-mata untuk mengurangkan beban cukai pemiliknya. Logik mereka adalah lebih baik melaburkan duit membina pengaruh melalui media berbanding membayar kepada LHDN! Pengaruh yang terbina itu pula boleh membawa lebih banyak projek kepada mereka.

Pada sisi gelap pula, ada bisnes seperti kedai serbaneka dan hotel yang ditubuhkan untuk ‘mencuci’ wang dari kegiatan kongsi gelap. Bisnes yang banyak transaksi seperti ini memang cocok untuk menyembunyikan kegiatan haram mereka.

Mahu memajukan bisnes? Pelajar ilmu strategi di http://kelasstrategibisnes.blogspot.com