edgecraft

Positioning & Edgecraft: Budaya

Tidak lengkap rasanya kalau membicarakan bahasa tanpa menyebut tentang budaya. Sepertimana bahasa, edge budaya juga sering dilupakan. Terlalu terikut-ikut budaya ‘global’ menyebabkan produk usahawan menjadi sama sahaja seperti produk keluaran ‘budak besar’. Ini menyebabkan produk usahawan tidak dapat bertapak dan seterusnya tidak mampu berkembang.

Rantau ini sebenarnya mempunyai banyak kekayaan budaya yang boleh dijadikan modal perniagaan. Ambil contoh dalam sektor makanan, mengikut acuan barat hanya ada beberapa model kedai makan antaranya:

  1. Fast food
  2. Buffet
  3. Quick serve
  4. Fine dining
  5. Cafe
  6. Bistro
Namun bagaimana pula dengan kedai makan minang? Di mana mereka dalam model-model tersebut? Kedai minang membawakan terus pilihan lauk ke meja pelanggan. Mereka mempunyai elemen fast food, buffet dan quick serve dalam satu masa.
Bagaimana kalau konsep ini diubah dan digantikan dengan makanan lain? Bagaimana kalau kedai western yang menghidangkan dengan cara Minang? Pelanggan akan mendapat value proposition convenience dan personalization dengan cara yang jauh berbeza.

Dapatkan Video Tutorial Business Model Canvas di http://videotutorial.firdausariff.com

Positioning & Edgecraft: Bahasa

Bahasa boleh dikatakan sebagai satu edge yang selalu dilupakan. Ramai yang beranggapan produk mereka perlu sampai kepada semua orang dan memilih untuk menggunakan Bahasa Inggeris. Padahal dalam masa yang sama banyak syarikat dalam dunia ini membuat duit berjuta-juta dengan bahasa ibunda mereka.

Penggunaan edge bahasa ini boleh datang dalam pelbagai bentuk;
1. Produk itu sendiri boleh dibina menggunakan bahasa tersebut seperti buku, filem dan t-shirt bertulisan.
2. Penyampaian produk yang tidak dibina menggunakan bahasa tersebut seperti makanan, minuman dan lain-lain

Memilih bahasa lain selain bahasa yang ‘standard’ (Contohnya: Bahasa Inggeris) boleh membawa kelebihan sendiri. Usahawan tidak berhadapan dengan pemain besar yang lain dan mempunyai golongan pengguna yang ternanti-nanti produk ditawarkan dalam bahasa ibunda mereka.

PTS Publication mengambil risiko menerbitkan buku Bahasa Melayu pada zaman kedai-kedai buku besar seperti Popular dan MPH tidak menjual buku Bahasa Melayu selain buku teks. Jalan awalnya memang payah tetapi pulangannya berlipat kali ganda.

Lebih ekstrem lagi, usahawan boleh memilih hanya untuk melayan mereka yang berbahasa dengan bahasa tertentu. Sebagai contoh, sebuah kedai makanan Jawa boleh meletakkan syarat bahawa pelanggannya harus sekurang-kurangnya boleh mengucapkan kabare. Jika tidak, jangan haraplah boleh memesan makanan!

Dapatkan Video Tutorial Business Model Canvas di http://videotutorial.firdausariff.com

Positioning & Edgecraft: Bahan

Sumber lain inovasi adalah menukar bahan yang digunakan dalam penghasilan produk. Contoh terkenal sekarang adalah Cendol Bakar di Kuala Selangor. Inovasi mereka adalah pada membakar gula merah sebelum dijadikan air gula untuk diletakkan dalam cendol. Mereka juga menambah selasih, nata de coco dan beberapa bahan lain.

Minggu ini saya Tuan Yusry Yusopp berkesempatan singgah ke sana dan bertemu dengan pasukan di belakang Cendol Bakar Kuala Selangor. Kami bertemu dengan Tuan Ariff (Pengasas), Cik Puan Rifhan (CEO) dan Tuan Man (Pengurus). 
Tuan Ariff – Pengasas
Cik Puan Rifhan – CEO
Tuan Man – Pengurus
Kami sempat menemuramah mereka dan bertanya bagaimana mereka bermula lalu membesar. Kisah jatuh bangun mereka turut kami kutip. Nantikan rakamannya pada minggu hadapan, InsyaAllah.
Tidak jauh daripada Cendol Bakar ada juga kedai lain yang cuba mencipta edge sendiri namun gagal. Puncanya? Edge yang dicipta tidak membawa sebarang makna. Iyalah, memang semua cendol menggunakan gula merah!

Dapatkan Video Tutorial Business Model Canvas di http://videotutorial.firdausariff.com

Positioning & Edgecraft: Jantina

Premis edge ini mudah sahaja, ambil produk yang selama ini ditujukan kepada satu jantina dan ditukarkan kepada jantina lain. Sebagai contoh, Samsung memperkenalkan siri smartphone edisi wanita dengan penampilan berbeza dan app tambahan.

Adakalanya perubahan itu hanya sekadar pada perubahan sasaran pembeli dan pengguna produk itu masih sama. Sebagai contoh, Puan Saleha Idris menjual tudung tetapi mensasarkan untuk dijual kepada lelaki yang membeli sebagai hadiah untuk isteri, mak, ibu mertua, dan sebagainya.

Dapatkan Video Tutorial Business Model Canvas di http://videotutorial.firdausariff.com

Positioning & Edgecraft: Saiz

Antara edge yang mudah untuk berinovasi adalah saiz. Usahawan boleh menawarkan produk yang lebih besar/gergasi/XL atau lebih kecil/mini/mikro. Perubahan saiz selalunya dapat menarik perhatian pasaran asalkan produk itu masih praktikal.

Mungkin kita telah banyak lihat donut gergasi, namun bagaimana pula dengan kuih-kuih lain? Donut atau keria pun mudah untuk digergasikan.

Produk juga boleh dikecilkan sepertimana biasa kita lihat karipap mini. Namun perubahan ini turut mengubah fungsi produk daripada kuih minum petang atau sarapan menjadi kuih raya.

Walaupun perubahan-perubahan ini sebenarnya sudah normal, masih tidak ramai usahawan yang melakukannya. Oleh itu, masih ada banyak ruang dalam dimensi ini. Bukan sahaja terhad kepada makanan malah kepada produk lain seperti pakaian, buku, cenderahati dan lain-lain.

Dapatkan Video Tutorial Business Model Canvas di http://videotutorial.firdausariff.com

Positioning & Edgecraft: Harga

Antara edge yang boleh dicari dalam pasaran adalah edge harga. Ini adalah edge yang biasanya muncul dalam minda usahawan dan paling kerap disalahgunakan melalui tawaran harga murah. Penggunaan tawaran harga murah selalunya akan membawa hasil dengan segera iaitu penambahan jualan dan  pelanggan. Namun usahawan berhadapan dengan risiko jangka sederhana dan panjang di mana duit masuk tidak lagi mampu menampung kos.

Edge harga murah hanya boleh dilakukan sekiranya usahawan tersebut mempunyai cost structure yang berbeza berbanding usahawan lain. Sebagai contoh, usahawan lain memerlukan kos RM4 bagi menghasilkan sebuah buku berharga RM10 tetapi usahawan ini hanya memerlukan RM1. Jika itu keadaannya, usahawan tersebut boleh sesuka hati meletakkan harga yang jauh lebih murah.

Realitinya, kebanyakan usahawan mempunyai struktur kos yang serupa. Malah, mereka membeli dari pembekal yang sama pada harga yang sama. Perubahan struktur kos juga selalunya memerlukan business model yang jauh berbeza atau perubahan kaedah pengeluaran yang radikal.

Sebenarnya, lebih produktif untuk usahawan pergi kepada edge premium. Usahawan selalunya hanya perlu meningkatkan kualiti design, packaging, story dan customer service. Pasaran sekarang terlalu penuh dengan penjual komoditi yang hanya tahu melambakkan produk. Belajar memberikan khidmat yang lebih baik dan usahawan boleh menonjol dalam pasaran serta mendapat keuntungan.

Belum No. 1? Cari Lubang!

Kata orang Perancis, Cherhez la creneau atau cari lubang.

Tiada gunanya kita cuba menyerang positioning budak besar yang sudah bertapak dalam pasaran. Kerja yang lebih produktif adalah mencari lubang dalam minda pelanggan dan pasaran. Kemudian isikan dengan produk yang sesuai dan boleh diterima oleh pelanggan.

Persoalannya, bagaimana mencari lubang dan mengisinya?

Strateginya adalah menggunakan Edgecraft, topik yang telah dibincangkan sebelum ini. Bagi lebih jelas, bermula esok kita akan lihat beberapa dimensi Edgecraft bagi mencari dan mengisi lubang ini. InsyaAllah.

Harus diingat mencari lubang ini bukanlah merebut peluang. Kita merebut peluang apabila merebut sisa-sisa dalam pasaran yang dikuasai budak besar. Positioning dan Edgecraft mencipta positioning baru iaitu mencipta peluang.

Mengapa dan Apa Itu UX?

Terdapat begitu banyak produk dan perkhidmatan dalam pasaran yang menawarkan fungsi yang serupa. Antara perkara yang membolehkan produk tersebut menjadi remarkable adalah UX yang hebat. UX yang hebat bukan sahaja membolehkan pengguna menggunakan produk dengan betul malah menggembirakan pengguna. Ini memberikan competitive edge kepada produk tersebut.

Ilmu ini bermula sebagai ergonomics dalam kejuruteraan lalu menjadi HCI (Human Computer Interaction) dalam sains komputer dan akhirnya berubah menjadi UX (User Experience) dalam IT serta bisnes secara amnya.

UX terletak antara persimpangan tiga komponen iaitu pengguna, teknologi dan bisnes. Intipatinya adalah bagaimana untuk mengharmonikan keperluan ketiga-tiga bahagian bagi menghasilkan user experience yang bagus. UX bukan design semata-mata tetapi juga adalah strategi bisnes.

Caleb Tang, Yeevon Ooi, Chui Chui Tan dan moderator dari UX Malaysia

Entri ini adalah olahan daripada forum anjuran UX Malaysia semalam di Mindvalley, Bangsar. Barisan panelnya adalah Caleb Tang, Yeevon Ooi dan Chui Chui Tan.

Edgecraft: Langkah Bonus

Inovasi produk melalui pemilihan ufuk baru semata-mata adalah tidak mencukupi untuk menjadi remarkable. Produk perlu disokong dengan beberapa sentuhan tambahan untuk betul-betul menonjol bagai kek yang sedap perlukan aising.

Karipap yang besar dan mahal perlu diiringi dengan perubahan pakejing. Beg plastik biasa tidak lagi sesuai dan perlu diganti dengan beg kertas bagi memberi kesan premium. Boleh juga dibuat sticker bagi menambah seri pakejing dan menjadi iklan bergerak. 

Sekiranya anda mahu mempelajari topik ini secara lebih lanjut, berikut adalah preview video tutorial Edgecraft


Preorder boleh dibuat di http://strategiedgecraft.blogspot.com

Edgecraft: Langkah #5

Langkah terakhir adalah mengenalpasti kelompok pelanggan yang akan menjadi sasaran inovasi yang telah dicipta.

Ciri kelompok pelanggan ideal adalah seperti berikut:

1. Mereka berani mencuba
2. Mereka sanggup membelinya
3. Mereka akan bercerita kepada orang lain

Sebagai contoh, karipap besar dan penuh berinti daging boleh disasarkan kepada para eksekutif dan pegawai. Mereka mencari makanan baru dan sanggup membeli walaupun pada harga RM2 kerana mereka mempunyai duit lebih. Tambahan pula, di kalangan mereka akan ada yang bukan setakat bercerita kepada orang lain malah membelikan untuk rakan-rakan.

Lain pula ceritanya sekiranya inovasi tersebut disasarkan kepada para pekerja kilang. Mereka mempunyai bajet terhad dan selalunya akan kekal dengan menu sama pada harga yang sama.

Pelajari business model yang remarkable dalam eBook Business Model Canvas Malaysia Edisi Ekstra di Downloadilmu.