inovasi

Gerai Steamboat Yang Berjaya Dengan Tidak Menjual Steamboat

Minggu lepas, saya berkesempatan ke Port Dickson. Oleh kerana sudah hampir sepuluh tahun saya tidak menjejakkan kaki ke sana, maka saya buka Foursquare untuk mendapatkan cadangan tempat makan.

Saya tidak begitulah lapar sangat pada malam tersebut, kudapan pun sudah memadai. Lagipun saya malas hendak ke warung atau restoran masakan thai, di mana-mana pun ada. Saya tertarik dengan cadangan dari Foursquare untuk ke Fazlina Steamboat. Memang ada banyak gerai steambot di sepanjang pantai di Port Dickson tetapi hanya gerai ini yang naik di Foursquare.

Dalam perjalanan ke sana, saya menempuhi dua tiga gerai steamboat lain yang terletak di tepi pantai. Bila sampai sahaja di Fazlina Steamboat, saya mula nampak apa yang menyebabkan gerai ini lain dari yang lain.

Sebut sahaja steamboat, kita selalunya akan terbayang bebola ikan, sotong dan kangkung. Tiada apa yang menarik sangat, semua boleh beli di pasar dan supermarket. Kelainan yang selalu diperkatakan pun selalunya berkisar kepada sos.

Fazlina Steamboat mengambil pendekatan berbeza dengan memberi pengalaman unik kepada para pengunjung. Sewaktu peniaga lain masih menjual seperti di pasar malam, mereka memahami bahawa kebanyakan pengunjung adalah mereka yang hendak bersantai dan hendak berkelah. Atas kefahaman itu, mereka membentangkan beberapa tikar di tepi pantai bagi kemudahan pengunjung. Lampu juga dipasang berserta meja rendah dan servis yang cepat bagi memastikan persekitaran yang sentiasa bersih.

Maka, Fazlina Steamboat bukan lagi menjual steamboat tetapi sebenarnya menjual pengalaman berkelah di tepi pantai yang menyenangkan. Tidak perlu bawa makanan, tikar dan meja. Tambah pula ada orang yang melayan dan tidak perlu pening mencari kawasan pantai yang bersih.

Inilah perkara yang sebenarnya menjadi USP gerai steamboat ini dan membawa pelanggan terus-menerus berkunjung.

Maklumat Pelanggan Adalah Hak Anda!

Katakan anda mempunyai Facebook page yang mempunyai 10,000 fans. Tiba-tiba anda mahu bertukar menggunakan Google+ Page kerana iklan di Facebook sudah menjadi terlalu mahal. Adakah anda dapat memindahkan kesemua fans ke Google+? Tentu sekali tidak boleh. Bahkan anda tidak mempunyai alamat emel 10,000 fans itu sekali pun! Anda harus bermula semula dari bawah.

Kami membina RoketSMS dengan kepercayaan bahawa usahawan berhak mendapat akses terus kepada pelanggan dan menyimpan maklumat pelanggan mereka. Tiada sekatan untuk para usahawan yang menggunakan RoketSMS untuk copy & paste maklumat yang terkumpul dalam app. Kelak, kami juga akan menyediakan fungsi untuk download kesemuanya dalam satu file.
Anda bebas untuk memindahkan maklumat tersebut ke aplikasi lain. Paling tidak, anda boleh pindahkan ke dalam smartphone anda dan SMS secara manual. Apa yang penting adalah anda menjaga perhubungan dengan pelanggan dan buatkan mereka gembira untuk berkomunikasi dengan pelanggan. 
Kami sebagai pencipta web app RoketSMS berhasrat untuk memudahkan anda dan bukannya mengongkong komunikasi anda dengan pelanggan.

RoketSMS sudah mempunyai pelanggan awal yang telah pra-daftar sejak awal kempen. Mereka yang baru pra-daftar pula akan diberikan akses pada minggu hadapan sebelum RoketSMS dibuka kepada umum. Tuan-tuan boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang RoketSMS dan pra-daftar di link ini.

Mengapa Bina Web App SMS Baru?

Semalam saya sudah ceritakan tentang isu-isu Internet Marketing yang membawa kami memilih solusi SMS Marketing. Antaranya adalah harga iklan yang semakin mahal, sekatan serta tapisan syarikat media internet. Namun, bukankah sudah ada banyak app SMS dalam pasaran? Mengapa pula perlu dibina yang baru?

Saya sudah mencuba beberapa app Android antaranya MightyText dan AirDroid. Secara asasnya, app ini membolehkan kita mengawal sistem SMS dalam smartphone melalui web. Ini membolehkan kita copy paste nombor dan mesej yang mahu dihantar SMS. Memang lebih baik berbanding menekan sendiri pada smartphone sehingga sakit jari tetapi masih tidak cukup sistematik. Hantar 10 – 30 SMS oklah menggunakan app ini tetapi bila sudah masuk 100 app sebegini sudah tidak praktikal.
Bagaimana pula dengan penyedia Gateway Bulk SMS tempatan? Urgh, lihat website pun sudah serabut. Pakejnya bermacam-macam dan perlu beli kredit yang banyak. Tambah pula payah hendak digunakan melalui iPad.
Kemudian, saya terfikir pula tentang web app email marketing sedia ada. Fungsi yang wajib adalah borang pendaftaran dan keupayaan untuk hantar email kepada semua yang sudah mendaftar. Kami mahu fungsi sedemikian tetapi untuk SMS.
Secara peribadi saya pernah menggunakan Aweber & GetResponse tetapi saya merasakan web app ini masih komplikated dan mempunyai terlalu banyak fungsi yang tidak digunakan. Kemudian rakan saya Bukhari Ramli menunjukkan TinyLetter. Fungsinya simple dan fokus kepada apa yang penting sahaja. Ada borang sign up dan boleh hantar emel kepada semua. Itu sahaja fungsi yang ada, autoresponder pun tidak ada.
Maka, saya dan Abi Dzar menetapkan objektif kami iaitu mencipta web app SMS Marketing yang mudah dan simple seperti TinyLetter. Pada hari itu kami sebenarnya berjumpa untuk membincangkan UrusKelas.com tetapi bila lihat kami boleh cipta RoketSMS dengan pantas terus sahaja kami lompat kepada projek ini.
(Mereka yang gunakan UrusKelas.com jangan risau, kami akan kembali mengerjakan web app itu nanti)
RoketSMS terlalu simple? Ya, web app ini memang sengaja direka sedemikian. Ini adalah web app untuk memudahkan usahawan berhubung dengan pelanggan melalui SMS (secara semudah yang mungkin) dan untuk mereka yang pertama kali melakukan marketing secara sistematik.
Alhamdulillah, akhirnya RoketSMS.com sudah boleh mula beroperasi semalam untuk mereka yang telah pra-daftar. Tagline kami adalah Sistem Marketing Simple melalui SMS. Atau dalam singkatannya SMS melalui SMS.
Pelancaran?
Kami mensasarkan untuk membuka RoketSMS kepada pengguna umum menjelang hujung bulan ini. Pada masa ini kami hanya memberikan akses kepada mereka yang sudah mendaftar. Tuan-tuan boleh mendaptakan maklumat lanjut dan pra-daftar di link ini.

Mengapa Kami Cipta RoketSMS?

Idea untuk SMS Marketing bukanlah sesuatu yang baru. Malah, pada satu ketika pernah ada kegilaan tentang SMS Marketing di Malaysia. Namun banyak sebenarnya skim MLM berselindung di sebalik sistem SMS ataupun menjual SMS spammer. Sedikit sahaja yang sebenarnya menjual sistem SMS marketing.

Baik, kenapa idea ini muncul semula? Bukankah kita sudah ada Facebook dan email? Dua medium yang canggih dan boleh mencapai ramai orang. Mudah untuk mengumpul untuk Facebook fans dan alamat emel. Pelanggan juga suka kerana kaedah ini mudah untuk berhubung.

Pada awalnya, segalanya berjalan lancar. Setiap apa yang yang kita post di FB page dan dihantar melalui emel semuanya sampai kepada para pelanggan kita. Facebook menjadi medan mengumpul audiens dan kemudian mudah untuk mendapatkan emel.

Kemudian, keadaan mula berubah. Pada awalnya, kita boleh mendapatkan alamat emel fans Facebook page dan mereka yang mendaftar FB Events. Kemudian, fungsi itu dipadamkan dan kita hanya boleh PM kepada fans. Sudahnya hanya fans yang boleh PM kepada Facebook page. Sedikit demi sedikit, keupayaan untuk berhubung terus kepada pelanggan dihakis.
Sudahlah begitu, post dari Facebook page kemudiannya turut disekat. Kini hanya sebahagian kecil fans yang akan lihat post anda – selalunya dalam sekitar 10%. Anda perlu suruh mereka secara manual pilih option Get Notification bagi mendapat maklumat daripada anda. Jika tidak, anda perlu bayar untuk sponsored post ataupun iklan. Bayangkan, anda sudah bersusah-payah mengumpul fans dan akhirnya anda ditapis serta disekat begitu sahaja?

Email juga tidak terlepas daripada sekatan sebegini. Gmail baru-baru ini melancarkan fungsi untuk menapis emel, segala emel yang dianggap sebagai promosi terus dimasukkan dalam tab lain. Sudahlah begitu, tab promosi itu ada pula iklan daripada Google! Terus sahaja para email marketer melaporkan kejatuhan open rate email mereka.

(Jika anda belum lihat tab sebegini dalam Gmail anda, tunggu sahaja seminggu dua lagi)

Seth Godin telah menulis tentang perkara ini di blognya, beliau menerangkan bagaimana syarikat media dan komunikasi mencari Choke Point untuk dieksploitasi bagi menghasilkan wang. Choke Point adalah tempat di mana syarikat media dan komunikasi boleh mengawal akses kepada rangkaian lalu mengenakan caj untuk mendapatkan akses penuh. 
Jadi, bagaimana hendak mengatasi Choke Point ini? Facebook dan Gmail tentunya makin lama akan mengenakan caj makin mahal untuk mendapatkan akses. Syarikat-syarikat lain mungkin sahaja mengikut jejak langkah yang serupa.
Fikir punya fikir, akhirnya teknologi old school juga menjadi pilihan. SMS dilihat sebagai alternatif terbaik kerana kosnya berpatutan dan membolehkan mesej disampaikan dengan pantas. Mesej yang boleh dihantar tidak begitu panjang tetapi anda boleh mendapatkan perhatian pelanggan. Anda juga boleh meletakkan link website jika mahu bercerita lebih panjang. 
Bukankah sudah ada pelbagai perkhidmatan apps dan servis SMS marketing? Mengapa masih perlu mencipta app baru seperti RoketSMS? InsyaAllah, saya akan ceritakan esok tentang apa solusi yang telah kami cuba dan mengapa akhirnya kami memilih untuk buat satu app baru.
Bagi mereka yang merasakan isu yang diceritakan di atas relevan kepada bisnes mereka dan mencari solusi, ketahui lebih lanjut tentang RoketSMS di link ini.

Hack Your City Edisi Pulau Pinang Berjaya!

Alhamdulillah, Make Weekend di KDU Pulau Pinang melabuhkan tirainya petang semalam. Seramai 69 peserta telah mengambil bahagian dari pelbagai IPT dan syarikat. Edisi ini dijayakan oleh Tandemic dengan sokongan MOSTI. Saya dan Kontak Lab adalah antara fasilitator luar yang dijemput menjayakan program ini.

Make Weekend adalah satu lapangan untuk mengasah Design Thinking yang hebat. Kali ini tidak terhenti kepada sekadar konsep malah terus membawa ke prototaip fizikal. Saya sendiri telah ditugaskan untuk membantu kumpulan 11 yang terdiri daripad para pelajar KDU.

Saksikan aksi mereka dalam video di bawah:

Kumpulan kami kelihatan paling rileks dan lenggang-kangkung. Tanpa disangka-sangka, kami memenangi tempat ketiga. Kami memilih idea yang mudah, pantas membuat prototaip dan yang paling penting mendapatkan maklumbalas orang awam. 

Bagaimana Mencipta UX Yang Hebat?

Apabila kita melihat sesuatu produk dengan UX yang hebat, kita sebenarnya hanya melihat Surface atau Permukaannya. Sebenarnya terdapat empat lagi lapisan di bawahnya yang menjadi batu asas UX. Lapisan tersebut adalah:

  1. Surface (Permukaan)
  2. Skeleteon (Rangka)
  3. Structure (Struktur)
  4. Scope (Skop)
  5. Strategy (Strategi)

Sebagai contoh, para pelanggan hanya lihat siri buku Chef Hanieliza laku dijual di Mydin. Itu baru surface, zahirnya.

Paling mendasar, PTS memilih strategi Tribe iaitu mencari chef yang memang sudah ada pengikutnya tersendiri. Blue Ocean Strategy dan Long Tail turut digunakan dalam memasuki pasaran.

Dari segi skop pula Jabatan Marketing PTS membuat ‘kajian pandang-pandang’ tingkah laku pengunjung hipermarket membeli-belah:

  1. Siapa yang paling banyak membeli-belah di hipermarket? > Perempuan sudah berkeluarga
  2. Apa yang mereka beli? > Bahan makan dan barang rumah

Resepi yang dimuatkan pula hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di kedai-kedai runcit. Tiada bahan-bahan ‘fancy’ yang hanya boleh dijumpai di kedai-kedai tertentu.

Kemudian, tim editorial PTS bersama Chef Hanieliza merancang struktur buku iaitu apa isi kandungannya. Fotografer pula merancang sesi fotografi dan stail apa yang hendak digunakan.


Pada tahap Skeleton atau Rangka, tim editorial sudah menghasilkan draf buku dan cover. Itu akan dibincangkan lagi bersama Tim Sales & Marketing. Beberapa pilihan cover juga akan  diberikan sebelum satu yang terbaik akan dipilih. Setelah beberapa perubahan dibuat mengikut keperluan, barulah buku dihantar ke kilang untuk dicetak.

Bila Sifu Turun ke KL

Teddy Zmrhal & Dr. Yves (Gambar oleh Adam al-Fateh)

Semalam, dua nama besar dalam bidang design & business model innovation turun ke Kuala Lumpur. Bengkel diadakan di UniRazak, CapSquare. Sebelum ini saya pernah mengikuti bengkel dan masterclass oleh Dr. Yves di Singapura tetapi belum pernah belajar dari Teddy Zmrhal.

Bengkel dari Dr. Yves semalam mengingatkan saya semula bahawa Business Model Canvas itu sebenarnya ibarat sebuah pentas. Ada bahagian front stage yang dilihat oleh pelanggan/penonton dan backstage di mana kerja sebenar berlaku. Business Model Canvas mungkin nampak sangat simple dan mudah tetapi sebenarnya logiknya sangat dalam. 
Sessi dari Teddy Zmrhal memberi pengukuhan dari apa yang selama ini telah dibaca tentang IDEO terutamanya dalam buku Ten Faces of Innovation dan Art of Innovation. Beliau juga memberikan sudut pandang yang berbeza berbanding apa yang ditulis dalam buku. IDEO Singapura mengendalikan projek yang berbeza dan di dalam budaya yang berbeza berbanding apa yang ditulis di dalam buku. 

Perbezaan besarnya, studio IDEO Singapura tidak banyak projek inovasi produk fizikal kerana sudah tidak banyak kilang di sana. Ini sangat berbeza dalam apa yang diceritakan dalam buku yang banyak bercerita tentang produk fizikal. Sebaliknya inovasi servis yang menjadi aktiviti utama.

Teddy juga menceritakan sedikit sebanyak tentang metodologi IDEO dan business model mereka sendiri. Antaranya beliau menyebut klien dicaj mengikut jam atau IDEO mengambil ekuiti dalam projek inovasi.

Terima kasih kepada Cradle yang menganjurkan program ini dan UniRazak yang menjadi hos. Juga tahniah kepada Daniel Cerventus yang menjadi koordinator program.

Dapatkan eBook Business Model Canvas Malaysia Edisi Ekstra di Downloadilmu