it

First Impression of Ghost

Blogspot definitely show its age these days. Not much joy writing there anymore. It feels too ancient especially the themes.

First Impression of Ghost

WordPress feels too much like work as it’s more like an OS for the web. It can do anything and everything excepts be a streamlined place for writing. Heck, I make money out of WordPress services so I can’t quite let my hair loose writing on the platform.

Ghost is such a breath of fresh air with simple and clean interface that puts the writing experience first and foremost. Can’t believe it requires such a steep technical setup. Even with Digital Ocean 1-click setup it’s still quite a hassle.

Network
Photo by Jordan Harrison / Unsplash

I actually wanted to try Ghost long ago using installer from cPanel. But somehow it’s such a pain especially with missing email functionality and inability to easily add users.

Using a whole droplet just for this blog definitely gives the speed but it’s such an overkill. Luckily have a lot of credit to burn courtesy of the HATCH program. Later will need to consolidate this blog and several other legacy clients into a single droplet.

Integration with Unsplash means beautiful pictures without leaving the editor. Definitely helps to stay in the flow. Such an improvement over my old workflow of crawling Flickr and Google Images.

The native app is a welcome feature allowing me to be fully engulfed in the writing workspace and not opening any other browser tab.

That’s it for now on the technical side.

Orang IT & Orang Bisnes: Bagai Ayam & Itik

Orang IT sentiasa memikirkan solusi teknikal terbaik untuk klien mereka. Kepantasan, keselamatan, dan features semuanya diambil kira. Namun, orang bisnes nampaknya tidak faham apa yang diperkatakan. Mereka asyik minta perkara-perkara yang bukan-bukan dan tidak mahu memberi bayaran yang setimpal.

Sebenarnya, ini adalah keadaan ayam dan itik. Orang bisnes mempunyai bahasa dan keutamaan tersendiri. Orang IT pula bercakap dengan gaya yang lain dan mementingkan perkara yang lain. Sebenarnya, kedua-dua pihak mencari solusi yang menguntungkan semua namun selalunya masalah komunikasi menghalang persetujuan dicapai.

Lebih buruk lagi, keadaan komunikasi semakin buruk sehingga menjadi keadaan kucing dan anjing bergaduh bercakaran. Dua-dua pihak rugi – orang bisnes tidak dapat solusi yang membantu mengembangkan bisnes, orang IT pula tidak dapat job.

Apa yang dirasakan penting bagi orang IT selalunya tidak diendahkan langsung oleh orang bisnes. Contoh utama adalah isu keselamatan data. Walaupun app yang diminta mengandungi maklumat kewangan yang sensitif, mereka langsung tidak bertanya sama ada web app tersebut mempunyai SSL atau tidak. Password pun selalunya kekal dengan default password yang lemah walaupun mempunyai pilihan untuk menukarnya. 
Orang bisnes pula mencari penyelesaian bagi bisnes mereka. Objektifnya adalah untuk mengurangkan kos dan/atau meningkatkan pendapatan. Orang IT seharusnya bercakap kepada orang bisnes bagaimana solusi IT yang ditawarkan akan memenuhi salah satu objektif tersebut secara signifikan. 
Namun, ada juga orang bisnes yang mahu solusi IT semata-mata kerana dia mahukannya tanpa ada rasional bisnes di sebaliknya. Contohnya mahu website yang fancy penuh dengan animasi dan video tetapi langsung tidak menjual. Orang bisnes sebegini tidak patut dilayan oleh orang IT.
Bagi orang bisnes yang betul-betul mencari solusi IT untuk bisnes mereka, orang IT seharusnya cuba memahami keperluan mereka dan bercakap dengan bahasa mereka. Fokuskan pitch kepada apa yang memberi manfaat bisnes. Perkara yang dianggap remeh oleh orang bisnes tetapi sebenarnya penting dalam IT pula diuruskan diam-diam oleh orang IT. 
Sebagai contoh, isu keselamatan semuanya sudah diambil kira dan dimasukkan ke dalam kos tetapi tidak dijadikan isu utama dalam perbincangan. Malah, kalau boleh tidak timbul pun dalam invois kepada klien. Jika tidak, klien akan cantas apa yang mereka fikirkan tidak penting.
Apa yang penting, projek itu menjadi dan kedua-dua pihak mendapat manfaat. Orang bisnes dapat solusi IT dan orang IT pula mendapat projek yang menarik berserta bayaran yang setimpal.  
Ikuti segmen khas Rumbia.my untuk freelancer yang mahu menjadi konsultan di link ini.

Bagaimana Menggunakan RoketSMS?

Mengumpul Maklumat Pelanggan

Anda boleh kumpul maklumat pelanggan melalui 3 cara

  1. Install borang pendaftaran di blog atau website (Lihat screenshot di bawah dan sidebar)
  2. Hantar link pendaftaran kepada pelanggan (Contoh link di sini)
  3. Masukkan sendiri secara manual
Contoh Borang Pendaftaran di Blog
Borang Untuk Memasukkan Maklumat Pelanggan di Dashboard

Fungsi 2: Hantar SMS Kepada Semua Pelanggan
Semua nombor telefon pelanggan akan terkumpul dalam app dan anda boleh hantar SMS kepada semua dengan hanya satu klik.

SMS akan diterima pelanggan dari nombor SMS Gateway. Anda boleh hantar kepada semua rangkaian mudah alih utama di Malaysia – Celcom, Maxis, Digi, Umobile dan Yes pada kadar rata 10 sen satu SMS.
Itu Sahaja Fungsinya?
Ya, itu sahaja fungsinya buat masa ini. Kami reka RoketSMS untuk memudahkan usahawan berhubung terus kepada pelanggan secara paling simple. RoketSMS juga adalah untuk mereka yang pertama kali melakukan marketing secara sistematik dan mereka yang sudah serabut dengan begitu banyak tool marketing.
Ada persoalan lanjut? Baca soalan lazim tentang RoketSMS di link ini.
Berminat untuk mendapatkan RoketSMS? Pra-Daftar di link ini.

Maklumat Pelanggan Adalah Hak Anda!

Katakan anda mempunyai Facebook page yang mempunyai 10,000 fans. Tiba-tiba anda mahu bertukar menggunakan Google+ Page kerana iklan di Facebook sudah menjadi terlalu mahal. Adakah anda dapat memindahkan kesemua fans ke Google+? Tentu sekali tidak boleh. Bahkan anda tidak mempunyai alamat emel 10,000 fans itu sekali pun! Anda harus bermula semula dari bawah.

Kami membina RoketSMS dengan kepercayaan bahawa usahawan berhak mendapat akses terus kepada pelanggan dan menyimpan maklumat pelanggan mereka. Tiada sekatan untuk para usahawan yang menggunakan RoketSMS untuk copy & paste maklumat yang terkumpul dalam app. Kelak, kami juga akan menyediakan fungsi untuk download kesemuanya dalam satu file.
Anda bebas untuk memindahkan maklumat tersebut ke aplikasi lain. Paling tidak, anda boleh pindahkan ke dalam smartphone anda dan SMS secara manual. Apa yang penting adalah anda menjaga perhubungan dengan pelanggan dan buatkan mereka gembira untuk berkomunikasi dengan pelanggan. 
Kami sebagai pencipta web app RoketSMS berhasrat untuk memudahkan anda dan bukannya mengongkong komunikasi anda dengan pelanggan.

RoketSMS sudah mempunyai pelanggan awal yang telah pra-daftar sejak awal kempen. Mereka yang baru pra-daftar pula akan diberikan akses pada minggu hadapan sebelum RoketSMS dibuka kepada umum. Tuan-tuan boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang RoketSMS dan pra-daftar di link ini.

Mengapa Bina Web App SMS Baru?

Semalam saya sudah ceritakan tentang isu-isu Internet Marketing yang membawa kami memilih solusi SMS Marketing. Antaranya adalah harga iklan yang semakin mahal, sekatan serta tapisan syarikat media internet. Namun, bukankah sudah ada banyak app SMS dalam pasaran? Mengapa pula perlu dibina yang baru?

Saya sudah mencuba beberapa app Android antaranya MightyText dan AirDroid. Secara asasnya, app ini membolehkan kita mengawal sistem SMS dalam smartphone melalui web. Ini membolehkan kita copy paste nombor dan mesej yang mahu dihantar SMS. Memang lebih baik berbanding menekan sendiri pada smartphone sehingga sakit jari tetapi masih tidak cukup sistematik. Hantar 10 – 30 SMS oklah menggunakan app ini tetapi bila sudah masuk 100 app sebegini sudah tidak praktikal.
Bagaimana pula dengan penyedia Gateway Bulk SMS tempatan? Urgh, lihat website pun sudah serabut. Pakejnya bermacam-macam dan perlu beli kredit yang banyak. Tambah pula payah hendak digunakan melalui iPad.
Kemudian, saya terfikir pula tentang web app email marketing sedia ada. Fungsi yang wajib adalah borang pendaftaran dan keupayaan untuk hantar email kepada semua yang sudah mendaftar. Kami mahu fungsi sedemikian tetapi untuk SMS.
Secara peribadi saya pernah menggunakan Aweber & GetResponse tetapi saya merasakan web app ini masih komplikated dan mempunyai terlalu banyak fungsi yang tidak digunakan. Kemudian rakan saya Bukhari Ramli menunjukkan TinyLetter. Fungsinya simple dan fokus kepada apa yang penting sahaja. Ada borang sign up dan boleh hantar emel kepada semua. Itu sahaja fungsi yang ada, autoresponder pun tidak ada.
Maka, saya dan Abi Dzar menetapkan objektif kami iaitu mencipta web app SMS Marketing yang mudah dan simple seperti TinyLetter. Pada hari itu kami sebenarnya berjumpa untuk membincangkan UrusKelas.com tetapi bila lihat kami boleh cipta RoketSMS dengan pantas terus sahaja kami lompat kepada projek ini.
(Mereka yang gunakan UrusKelas.com jangan risau, kami akan kembali mengerjakan web app itu nanti)
RoketSMS terlalu simple? Ya, web app ini memang sengaja direka sedemikian. Ini adalah web app untuk memudahkan usahawan berhubung dengan pelanggan melalui SMS (secara semudah yang mungkin) dan untuk mereka yang pertama kali melakukan marketing secara sistematik.
Alhamdulillah, akhirnya RoketSMS.com sudah boleh mula beroperasi semalam untuk mereka yang telah pra-daftar. Tagline kami adalah Sistem Marketing Simple melalui SMS. Atau dalam singkatannya SMS melalui SMS.
Pelancaran?
Kami mensasarkan untuk membuka RoketSMS kepada pengguna umum menjelang hujung bulan ini. Pada masa ini kami hanya memberikan akses kepada mereka yang sudah mendaftar. Tuan-tuan boleh mendaptakan maklumat lanjut dan pra-daftar di link ini.

Mengapa Kami Cipta RoketSMS?

Idea untuk SMS Marketing bukanlah sesuatu yang baru. Malah, pada satu ketika pernah ada kegilaan tentang SMS Marketing di Malaysia. Namun banyak sebenarnya skim MLM berselindung di sebalik sistem SMS ataupun menjual SMS spammer. Sedikit sahaja yang sebenarnya menjual sistem SMS marketing.

Baik, kenapa idea ini muncul semula? Bukankah kita sudah ada Facebook dan email? Dua medium yang canggih dan boleh mencapai ramai orang. Mudah untuk mengumpul untuk Facebook fans dan alamat emel. Pelanggan juga suka kerana kaedah ini mudah untuk berhubung.

Pada awalnya, segalanya berjalan lancar. Setiap apa yang yang kita post di FB page dan dihantar melalui emel semuanya sampai kepada para pelanggan kita. Facebook menjadi medan mengumpul audiens dan kemudian mudah untuk mendapatkan emel.

Kemudian, keadaan mula berubah. Pada awalnya, kita boleh mendapatkan alamat emel fans Facebook page dan mereka yang mendaftar FB Events. Kemudian, fungsi itu dipadamkan dan kita hanya boleh PM kepada fans. Sudahnya hanya fans yang boleh PM kepada Facebook page. Sedikit demi sedikit, keupayaan untuk berhubung terus kepada pelanggan dihakis.
Sudahlah begitu, post dari Facebook page kemudiannya turut disekat. Kini hanya sebahagian kecil fans yang akan lihat post anda – selalunya dalam sekitar 10%. Anda perlu suruh mereka secara manual pilih option Get Notification bagi mendapat maklumat daripada anda. Jika tidak, anda perlu bayar untuk sponsored post ataupun iklan. Bayangkan, anda sudah bersusah-payah mengumpul fans dan akhirnya anda ditapis serta disekat begitu sahaja?

Email juga tidak terlepas daripada sekatan sebegini. Gmail baru-baru ini melancarkan fungsi untuk menapis emel, segala emel yang dianggap sebagai promosi terus dimasukkan dalam tab lain. Sudahlah begitu, tab promosi itu ada pula iklan daripada Google! Terus sahaja para email marketer melaporkan kejatuhan open rate email mereka.

(Jika anda belum lihat tab sebegini dalam Gmail anda, tunggu sahaja seminggu dua lagi)

Seth Godin telah menulis tentang perkara ini di blognya, beliau menerangkan bagaimana syarikat media dan komunikasi mencari Choke Point untuk dieksploitasi bagi menghasilkan wang. Choke Point adalah tempat di mana syarikat media dan komunikasi boleh mengawal akses kepada rangkaian lalu mengenakan caj untuk mendapatkan akses penuh. 
Jadi, bagaimana hendak mengatasi Choke Point ini? Facebook dan Gmail tentunya makin lama akan mengenakan caj makin mahal untuk mendapatkan akses. Syarikat-syarikat lain mungkin sahaja mengikut jejak langkah yang serupa.
Fikir punya fikir, akhirnya teknologi old school juga menjadi pilihan. SMS dilihat sebagai alternatif terbaik kerana kosnya berpatutan dan membolehkan mesej disampaikan dengan pantas. Mesej yang boleh dihantar tidak begitu panjang tetapi anda boleh mendapatkan perhatian pelanggan. Anda juga boleh meletakkan link website jika mahu bercerita lebih panjang. 
Bukankah sudah ada pelbagai perkhidmatan apps dan servis SMS marketing? Mengapa masih perlu mencipta app baru seperti RoketSMS? InsyaAllah, saya akan ceritakan esok tentang apa solusi yang telah kami cuba dan mengapa akhirnya kami memilih untuk buat satu app baru.
Bagi mereka yang merasakan isu yang diceritakan di atas relevan kepada bisnes mereka dan mencari solusi, ketahui lebih lanjut tentang RoketSMS di link ini.

Mengapa Buat App Dalam Bahasa Melayu?

Bila bercerita tentang startup dan app, ramai yang akan terbayang Silicon Valley. Masing-masing bercerita untuk menjadi Facebook seterusnya, tentang mendapatkan pelaburan beratus-ratus juta dan pasaran global yang bernilai berbilion-bilion. Ini selalunya bermakna app dalam Bahasa Inggeris dan disasarkan untuk pengguna global.

Namun, saya dan rakan-rakan mengambil pendekatan berbeza. Kami memilih untuk menghasilkan app dalam Bahasa Melayu untuk pasaran Malaysia. Kami telah melancarkan UrusKelas.com dan akan melancarkan RoketSMS.com beberapa hari sahaja lagi.

Kami berjumpa ramai usahawan Melayu yang menyatakan mereka tercari-cari app yang sesuai untuk menyokong perkembangan bisnes mereka. Banyak perniagaan yang masih bergantung kepada sistem berasaskan kertas dan fail. Jika ada rekod elektronik pun sekadar Word & Excel yang digunakan secara offline.

Kekangan pada sistem pengurusan perniagaan ini menghambat ramai usahawan Melayu daripada membesar. Bila masuk dua cawangan, ramai usahawan sudah mula tercungap-cungap untuk memantau bisnes mereka. Mereka sudah mula tidak tahu dari mana wang mereka masuk, ke mana keluar, siapa pelanggan dan sebagainya.

Tanpa sistem, mereka sukar untuk menurunkan kuasa kepada staf. Ramai usahawan terpaksa menjadi hero setiap hari pergi ke setiap cawangan bisnes mereka semata-mata untuk memantau. Sedangkan kerja sebenar usahawan adalah untuk membangunkan bisnes dan mencari peluang-peluang baru.

Mereka yang mengatakan usahawan Melayu tidak pandai berniaga memang sudah termakan omongan kosong dan cerita tahyul. Mereka sebenarnya pandai berniaga cuma perlu sedikit pertolongan untuk memajukan bisnes mereka. Pertolongan itu bukan dalam bentuk wang tetapi dalam bentuk sistem dan ilmu.

Adakah usahawan kita bodoh sangat tidak tahu Bahasa Inggeris sehingga tidak boleh menggunakan app yang sedia ada? Ramai usahawan yang boleh menggunakan app Bahasa Inggeris tetapi seharusnya pengguna sebenar app dalam bisnes adalah staf mereka. Ramai staf setakat kelulusan SPM dan Diploma serta kurang fasih dalam Bahasa Inggeris.

Perkasakan Bahasa Inggeris & Memartabatkan Bahasa Melayu?

Pfft…

Sekiranya semua staf usahawan fasih Bahasa Inggeris dan bertutur dengan Queen’s English sekalipun, app yang sedia ada banyak tidak sesuai dengan keperluan bisnes orang Melayu. Harus diingat, kebanyakan mereka beroperasi dengan resit kertas dan buku akaun. Melompat terus kepada app yang sosfikated hanya akan mengelirukan mereka dan melambatkan operasi.

App yang sedia ada mempunyai terlalu banyak feature. Bahkan, hendak ambil app open source dan buang feature yang tidak perlu pun tidak praktikal. Lebih baik bina app dari kosong dan ikut keperluan bisnes tempatan. Logik dan cara operasi mereka juga berbeza.

Usahawan secara individu pula kebanyakannya tidak mampu untuk menggajikan developer bagi membangungkan sistem yang memenuhi keperluan mereka. Jika mampu sekalipun, ramai yang tidak tahu bagaimana berkerja dengan developer. Sudahnya, app yang diinginkan tidak menjadi kenyataan.

Oleh itu, kami mengambil inisiatif untuk membangunkan sendiri app bisnes Bahasa Melayu tanpa sebarang suntikan modal luar. Kami hasilkan app dan para usahawan hanya perlu membayar yuran langganan dan penggunaan. Tidak perlu lagi berbelanja beribu-ribu atau berpuluh-puluh ribu untuk mendapatkan app, hanya bayar yuran pada harga mampu milik.

Esok, saya akan bercerita mengapa kami mencipta RoketSMS. Bagi yang sudah tidak sabar untuk mengetahui tentang RoketSMS, mohon klik link ini.

Getting Real: Kaveat, Penafian dan Segala Macam Amaran Awal

Demi memudahkan semua pihak, ini adalah jawapan kami kepada segala komplen yang kami dengar berulang kali:
“Teknik Ini Tidak Akan Berguna Kepada Saya”
Getting Real adalah sistem yang berfungsi dengan hebat untuk kami. Walaupun begitu, idea-idea dalam buku ini tidak akan terpakai untuk semua projek dalam dunia ini. Sekiranya anda membina sistem senjata, sistem kawalan reaktor nuklear, sistem perbankan untuk berjuta-juta pelanggan atau sebarang sistem kritikal untuk nyawa dan kewangan, anda akan bising tentang sebahagian sikap kami yang lepas tangan. Ambil langkah keselamatan tambahan yang anda rasakan perlu.
Anda tidak perlu ambil semua atau langsung tidak ambil semua. Walaupun anda tidak dapat menggunakan sepenuhnya Getting Real, tentu ada satu atau dua idea di sini yang boleh anda terapkan.
“Kamu Tidak Mencipta Idea Tersebut”
Kami tidak mendakwa kami telah mencipta teknik-teknik ini. Banyak konsep-konsep ini sudah adalah dalam satu bentuk atau lain selama ini. Jangan mengomel sekiranya apa sahaja yang kami tulis mengingatkan tentang apa yang sudah dibaca sebelum ini blog atau dalam buku yang sudah terbit 20 tahun dahulu. Itu tidak mustahil. Semua teknik ini langsung tidak eksklusif kepada 37signals. Kami hanya bercerita bagaimana kami bekerja dan apa yang menjadi untuk kami.
“Pandangan Kamu Terlalu Hitam Putih”
Sekiranya nada kami seperti kami tahu semuanya, bersabarlah dengan kami. Kami fikir lebih baik menyampaikan idea dengan terang dan nyata berbanding mengambil jalan tengah. Sekiranya kami dicop sombong dan bongkak, biarlah. Kami memilih untuk unutk menjadi provokatif berbanding main selamat. Tentu sekali ada masanya bila peraturan ini perlu dilenturkan atau dilanggar. Sesetengah taktik ini mungkin tidak relevan dengan situasi anda. Gunakan pertimbangan dan imaginasi anda.
“Ini Tidak Boleh Berfungsi Dalam Syarikat Saya”
Anda fikir anda terlalu besar untuk Get Real? Bahkan Microsoft sendiri mula Get Real (dan kami sangsi anda lebih besar berbanding mereka).
Walaupun syarikat anda selalunya berkerja dengan jadual jangka panjang dan pasukan besar, masih ada cara lain untuk Get Real. Langkah pertama adalah memecahkan kepada unit-unit yang lebih kecil. Apabila terlalu ramai yang terlibat, tidak ada apa yang siap. Lebih lean anda, lebih pantas – dan lebih baik – hasil kerja anda.
Tentu sekali, anda mungkin perlu menjual. Jual kepada syarikat anda proses Getting Real. Tunjukkan mereka buku ini. Tunjukkan mereka hasil sebenar yang boleh anda capai dalam masa lebih singkat dan dengan tim yang lebih kecil.
Terangkan bahawa Getting Real adalah cara berisiko rendah, modal rendah untuk menguji konsep baru. Cuba lihat sekiranya anda boleh keluar daripada kumpulan besar untuk menjalankan projek kecil sebagai proof of concept. Tunjukkan hasilnya.
Ataupun kalau anda cukup nekad, buat sahaja senyap-senyap. Bergerak sendiri dan tunjukkan hasil sebenar. Itulah pendekatan tim Start.com semasa mengaplikasikan Getting Real di Microsoft. “Saya telah melihat tim Start.com berkerja. Mereka tidak meminta izin,” kata Robert Scoble, Technical Evangelist di Microsoft. “Mereka mempunyai bos yang melindungi mereka. Mereka buat sedikit dalam satu-satu masa dan respon kepada maklumbalas.”
Menyiapkan Start.com Microsoft
Dalam syarikat besar, proses dan mesyuarat adalah norma. Berbulan-bulan dihabiskan merancang features dan bergaduh tentang perkara-perkara kecil bagi mencapai kata sepakat tentang apa yang ‘patut’ untuk pelanggan.
Ini mungkin kaedah yang betul untuk software yang dijual di dalam kotak, tetapi dengan web kita mempunyai kelebihan yang besar. Lancarkan sahaja! Biarkan pengguna memberitahu anda sama ada apa yang anda buat betul atau tidak. Anda boleh membaikinya dan melancarkannya semula ke web pada hari yang sama sekiranya anda mahu! Tidak ada kata-kata yang lebih kuat berbanding pelanggan – tahan diri anda untuk untuk mesyuarat berjela-jela. Siapkan sahaja dan buktikan sesuatu. 
Cakap senang, bila hendak buat sukar – ini bermakna;
Perancangan berbulan-bulan tidak diperlukan
Masa berbulan-bulan menulis spesifikasi tidak perlu – spesifikasi sepatutnya sudah mantap segala aspek asas dan perinican semasa fasa pembangunan. Jangan cuba menyelesaikan semua isu dan menetapkan segala perincian sebelum pembangunan bermula.
Siapkan Lebih Sedikit Feature, Tetapi Feature Yang Berkualiti
Anda tidak perlu pendekatan big bang dengan versi baru yang mengandungi segala macam feature baru. Berikan pengguna perkara-perkara kecil yang boleh mereka hadam.
Sekiranya ada bug kecil, baiki sebaik sahaja isu pokok sudah diselesaikan dan update ke web secara berperingkat selepas itu. Lebih pantas anda mendapatkan maklumbalas pelanggan lebih baik. Idea mungkin nampak cantik di atas kertas tetapi bila dibuat ternyta tidak tidak praktikal. Lebih cepat anda tahu kenapa ada isu besar tetang idea tersebut, lebih baik.
Apabila anda bergerak pantas dan bertindak atas maklumbalas pelanggan, anda akan mencipta perhubungan dengan pelanggan. Ingat bahawa matlamat anda adalah untuk memenangi pelanggan dengan membina apa yang mereka mahu.

Sanaz Ahari, Pengurus Program Start.com, Microsoft 

Nota Penterjemah: Start.com mungkin sudah tiada (ini buku 7-8 tahun lepas), tetapi ideanya adalah hatta gergasi seperti Microsoft pun boleh Get Real.

Apa Itu Getting Real?

Mahu membina web app yang berjaya? Sudah tiba masanya untuk Get Real. Getting Real adalah kaedah membina software yang lebih kecil, lebih pantas dan lebih baik.
  • Getting Real adalah tentang melangkau segala benda yang kononnya realiti (carta, graf, kotak, anak panah, skematik, wireframe, dsb) dan betul-betul membina perkara sebenar
  • Getting Real adalah mengurangkan segalanya. Kurang berat, kurang software, kurang feature, kurang kertas kerja , kurang segala-galanya yang tidak penting (dan kebanyakan yang anda fikirkan penting sebenarnya tidak penting)
  • Getting Real adalah kekal kecil dan menjadi tangkas
  • Getting Real bermula dengan interface, skrin sebenar yang pengguna akan gunakan. Ia bermula dengan apa yang sebenarnya dialami oleh pengguna dan bina dari situ. Ini membolehkan anda mendapat interface yang sebenar sebelum tersilap membina software.
  • Getting Real adalah tentang perubahan demi perubahan dan menurunkan kos perubahan. Getting Real adalah tentang melancarkan, membaiki dan terus-menerus menambahbaik yang menjadikannya pendekatan yang bagus untuk software berasaskan web.
  • Getting Real menghasilkan apa yang pelanggan perlukan dan menghapuskan apa sahaja yang mereka tidak perlukan.
Manfaat Getting Real
Getting Real membawakan hasil yang lebih kerana kaedah ini memaksa anda menangani masalah sebenar yang anda cuba selesaikan. Bukannya idea anda tentang masalah tersebut. Kaedah ini memaksa anda berhadapan dengan realiti.
Getting Real menolak ketepi spesifikasi dan dokumen-dokumen lain bagi memberi laluan kepada membina skrin sebenar. Spesifikasi hanyalah satu anganan semata-mata, ilusi persefahaman, sedangkan web page sebenar adalah realiti. Itulah yang akan dilihat dan digunakan oleh pelanggan anda. Itu yang penting. Getting Real membawa anda ke situ lebih pantas. Dan itu bermakna anda membuat keputusan software berdasarkan perkara sebenar – bukannya idea abstrak.
Akhirnya, Getting Real adalah kaedah yang ideal untuk membina software berasaskan web. Model lapuk menjual software dalam kotak dan menunggu setahun dua untuk update sudah berlalu. Tidak seperti software yang diinstall, web app boleh berevolusi setiap hari. Getting Real mengeksploitasi sepenuhnya kelebihan ini.
Bagaimana Coding Software Yang Mantap
Tulisan yang mantap adalah tepat dan padat. Sebuah ayat tidak seharusnya mengandungi perkataan yang tidak perlu, sebuah perenggan tidak seharusnya mengandungi ayat yang tidak perlu, atas sebab yang sama sebuah lukisan tidak patut mengandungi garisan yang tidak perlu dan sebuah mesin tidak patut mengandungi komponen yang tidak perlu. Ini tidak bermaknan penulis menjadikan semua ayat pendek atau mengelakkan segala perincian dan menangani subjek sebagai outline, tetapi memastikan setiap perkataan membawa erti.
Dari “Elements of Style” oleh William Strunk Jr.
Jangan Gebang
Cara lama; proses panjang, penuh birokrasi, dan buat supaya selamat. Hasil tipikal; software yang suam-suam kuku dan sap-sap soi. Hap tui!
Getting Real menghapuskan…
  • Timeline projek yang mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun
  • Spesifikasi yang tidak berpijak di bumi nyata
  • Debat scalability
  • Mesyuarat yang tidak produktif
  • ‘Keperluan’ menggajikan berpuluh-puluh pekerja
  • Version number yang tidak bermakna
  • Peta yang meramalkan masa hadapan
  • Option preference yang berjela-jela
  • Outsource support
  • User testing yang tidak realistik
  • Birokrasi sampah
  • Hierarki feudal
Anda tidak perlukan wang berjuta-juta atau tim yang besar atau development cycle yang panjang bagi membina software yang hebat. Perkara-perkara ini adalah resepi software yang lembab lagi bengap. Getting Real mengambil pendekatan yang bertentangan.
Dalam buku ini kami akan menunjukkan anda bagaimana…
  • Kepetingan mempunyai falsafah
  • Mengapa kekal kecil adalah baik
  • Bagaimana untuk buat lebih sedikit
  • Bagaimana untuk bergerak dari idea kepada realiti dengan cepat
  • Bagaimana untuk membina tim anda
  • Mengapa anda perlu design dari dalam ke luar
  • Mengapa penulisan sangat penting
  • Mengapa anda perlu buat lebih sedikit berbanding pesaing
  • Bagaimana mempromosi app anda dan meluaskan promosi
  • Rahsia sukses support
  • Tips mengekalkan momentum selepas pelancaran
  • … Dan macam-macam lagi
Fokus kami adalah pada idea-idea besar. Kami tidak akan melambatkan anda dengan petikan code yang terperinci atau trik CSS. Kami akan fokus pada idea dan falsfah utama yang memacu proses Getting Real.
Adakah Buku Ini Untuk Anda?
Anda adalah usahawan, designer, programmer atau marketer yang mengusahakan idea besar.
Anda sedar peraturan lama tidak terpakai lagi. Edarkan software dalam CD setiap tahun? Sangatlah 2002. Version number? Campak keluar. Anda perlu bina, lancarkan dan baiki. Kemudian cuci dan buat lagi.
Ataupun anda belum lagi tahu tentang agile development dan struktur bisnes, tetapi anda berminat untuk tahu lebih lanjut.
Sekiranya bunyinya seperti anda, maka buku ini adalah untuk anda.
Nota: Walaupun buku ini menekankan pembinaan web app, banyak idea relevan untuk aktiviti bukan software juga. Cadangan tetang team yang kecil, rapid prototyping, menjangkakan perubahan dan banyak lagi yang dipersembahkan di sini dapat memandu anda memulkan bisnes, menulis buku, design website, merakamkan album, atau pelbagai perkara lain. Apabila anda sudah mula menggunakan Getting Real dalam satu aspek kehidupan anda, anda akan lihat bagaimana konsep-konsep ini boleh digunakan dalam pelbagai aktiviti.
Nota Penterjemah: Ini adalah salah satu daripada strategi yang boleh digunakan bagi membina bisnes yang berjaya. Pelajari lebih banyak tentang strategi dan taktik di sini.

Pra-Pelancaran UrusKelas.com

Adakah anda selalu tertanya-tanya siapa di antara pelajar anda yang sudah membayar yuran atau belum? Atau adakah anda sukar mengembangkan bisnes tadika, taska, tuisyen dan sebagainya kerana ketiadaan sistem rekod yang teratur?

Kami membawakan UrusKelas.com – sistem pengurusan pelajar dan yuran secara online. Hari ini kami membuka preview di mana 100 akaun akan diberikan secara percuma. Mereka yang menjadi pengguna awal akan mendapat tawaran istimewa semasa pelancaran sebenar kelak.

Fungsi yang akan dimasukkan kelak termasuk:

  1. Pengurusan berbilang cawangan
  2. Peringatan yuran melalui emel
  3. Integrasi penghantaran SMS
Dapatkan akaun percuma sekarang di UrusKelas.com!

Tidak cukup dengan itu sahaja, bermula esok saya akan membawakan siri terjemahan kepada buku Getting Real oleh Jason Fried dan David Heinemeier Hansson, pengasas 37signals. Buku ini menjadi panduan kami dalam menjayakan projek ini dan saya berbesar hati untuk berkongsi kandungan buku ini dalam bentuk yang lebih mudah difahami.
p/s: Ini bukan terjemahan rasmi, tetapi buku Getting Real pun boleh didownload secara percuma maka kita jalan sahajalah!