it

Channel: Maybank2u Pay & PayPal

Adakalanya, perubahan dalam Business Model Environment memberi kesan kepada blok Channels dalam Business Model Canvas. Saluran baru dibuka dan ada saluran lama yang ditutup.

Baru-baru ini, Maybank2u mengumumkan perkhidmatan Maybank2u Pay bagi memudahkan peniaga kecil menerima pembayaran online secara automatik. Pengguna tidak lagi perlu memproses pembayaran secara manual dan pelanggan tidak lagi perlu menghantar salinan slip transaksi.

Pemain antarabangsa PayPal pula mengumumkan mereka tidak lagi menawarkan transaksi peribadi bagi pengguna di Malaysia. Menurut kenyataan rasmi mereka, PayPal mahu menumpukan kepada transaksi bisnes. Perubahan ini berkuatkasa mulai 4 Jun 2013.

Mengapa Backup di Cloud?

Ramai antara kita sudah melakukan backup dalam bentuk external hard disk, DVD dan thumbdrive. Mengapa backup di cloud masih diperlukan? Ada kalanya backup dicuri bersama laptop atau PC. Thumbdrive mungkin hilang atau tercicir. DVD pula mungkin tidak boleh dibaca setelah terkena lembapan dan berkulat.

Backup di cloud membolehkan pengguna mempunyai off-site backup dengan mudah dan boleh diakses di mana-mana. Ada juga yang membolehkan gambar diupload secara automatik sebaik sahaja ditangkap menggunakan smartphone.

Berikut adalah tiga pilihan aplikasi cloud backup:

  1. Copy – Ini adalah aplikasi terbaru dan menawarkan ruang terbesar sebanyak 15GB. Daftar menggunakan link ini dan anda akan mendapat 5GB ekstra secara percuma. Semua gambar baru yang diambil menggunakan smartphone boleh diupload secara automatik menggunakan fungsi PhotoCopy.
  2. Dropbox – Aplikasi ini menawarkan integrasi dengan pelbagai aplikasi web lain termasuk Facebook. Ini adalah pilihan terbaik bagi berkongsi dokumen. Dropbox juga mempunyai fungsi Camera Upload tetapi ruang percuma Dropbox agak terhad.
  3. Google Drive – Semua pengguna akaun Google kini diberikan ruang 5GB percuma. Namun, kuota itu turut meliputi dokumen-dokumen lain yang diupload ke aplikasi Google yang lain.

Bila Online Shopping Cart Diperlukan?

Ini adalah satu soalan popular dari para penjual online. Bilakah online shopping cart diperlukan?

Shopping cart hanyalah satu taktik.

Sekiranya anda menggunakan strategi Long Tail yang ada banyak barang dan pembeli, maka shopping cart adalah wajib.

Sekiranya anda hanya ada 5 jenis barang dan pembelinya tidak sampai 10 orang sehari anda tidak perlukan shopping cart.

Sekiranya anda hanya mahu berkongsi status tahap stok dengan ejen-ejen yang tidak sampai 10 orang anda tidak perlukan shopping cart.

Mengapa dan Apa Itu UX?

Terdapat begitu banyak produk dan perkhidmatan dalam pasaran yang menawarkan fungsi yang serupa. Antara perkara yang membolehkan produk tersebut menjadi remarkable adalah UX yang hebat. UX yang hebat bukan sahaja membolehkan pengguna menggunakan produk dengan betul malah menggembirakan pengguna. Ini memberikan competitive edge kepada produk tersebut.

Ilmu ini bermula sebagai ergonomics dalam kejuruteraan lalu menjadi HCI (Human Computer Interaction) dalam sains komputer dan akhirnya berubah menjadi UX (User Experience) dalam IT serta bisnes secara amnya.

UX terletak antara persimpangan tiga komponen iaitu pengguna, teknologi dan bisnes. Intipatinya adalah bagaimana untuk mengharmonikan keperluan ketiga-tiga bahagian bagi menghasilkan user experience yang bagus. UX bukan design semata-mata tetapi juga adalah strategi bisnes.

Caleb Tang, Yeevon Ooi, Chui Chui Tan dan moderator dari UX Malaysia

Entri ini adalah olahan daripada forum anjuran UX Malaysia semalam di Mindvalley, Bangsar. Barisan panelnya adalah Caleb Tang, Yeevon Ooi dan Chui Chui Tan.