kelas

Sesi Business Model Canvas di PERGAS, Singapura

Alhamdulillah, hari ini selesai melaksanakan sesi Business Model Canvas di PERGAS (Persatuan Guru Agama Singapura). Kelas diadakan di Wisma Indah, Masjid Kassim, Kembangan. Peserta terdiri daripada para asatizah dan pegawai.


Sesi ini menumpukan kepada Value Proposition dan juga menganalisa Business Model Institut Pendidikan Islam PERGAS.


Kepada tuan-tuan yang berminat mengikuti kelas ini pada 8 September boleh mendaftar di sini. Juga ikuti entri terkini melalui laman FB rasmi.

p/s: Memang ada ketika dan situasinya saya beri training dengan memakai jubah! 🙂

– Posted using BlogPress from my iPad

Kelas Business Model Canvas

Alhamdulillah, semalam telah berlangsung kelas asas Business Model Canvas kali kedua. Kelas kali ini turut menggunakan lembaran kerja bagi membantu pemahaman para peserta. Bagi tuan-tuan yang terlepas sesi ini semalam boleh download PDF lembaran kerja di sini.

Terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan yang hadir. Tarikh kelas yang akan datang akan diumumkan tidak lama lagi, InsyaAllah.

Business Model Canvas: Key Resources

Kali ini kita akan melihat tentang sumber-sumber utama dalam sesuatu bisnes. Terdapat empat jenis key resources dalam sesuatu model bisnes.


Manusia

Sumber manusia meliputi pekerja serta konsultan dan kontraktor luar. Dalam sesetengah bisnes, bakat sumber manusia adalah penjana utama pendapatan.

Fizikal

Antara contoh sumber fizikal adalah premis, bahan mentah dan infrastruktur.

Kewangan

Sebut sahaja bahagian ini, ramai yang terbayang pinjaman dan geran daripada bank atau agensi kerajaan. Sebenarnya terdapat banyak sumber lain termasuklah bayaran awal daripada pelanggan.

Intelek

Sumber jenis ini semakin penting dalam ekonomi baru. Kebiasaannya sumber ini dalam bentuk paten, hakcipta dan trade secret. Jenama juga termasuk dalam sumber intelek.

Ikuti Kelas Strategi Bisnes di http://kelasstrategibisnes.blogspot.com/

Topik Seterusnya: Key Activities

Location:Persiaran Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah,Putrajaya,Malaysia