positioning

Different Is Not Necessarily Useful

Something Different?

Lost in the hype of innovation, sometimes we do things differently just for the sake of being different.

But is it useful to our customers?

Does it helps us to stand out in the market?

Marrybrown do have tasty items on the menu. Their rice dish is the best among all fast food in Malaysia. The Nasi Lemak is consistently tasty throughout various location.

However, the branding and design is just like a poor copy of KFC and McDonald’s. I really hope to see them able to stand up like Jollibee of Philippines.

Mengapa Memilih Watak Kucing?

Kenapa memilih untuk mencipta watak baru? Mengapa pula kucing yang dipilih untuk diangkat menjadi watak utama? Video yang menampilkan Ustaz Zamri versi animasi sudah ada 7000 view dalam masa 3 bulan, mengapa pula ambil risiko cipta watak baru?

Jawapan kampungan; sebab saya suka kucing. Jawapan sosfikated dan psikologikal; boleh baca selanjutnya di bawah.

Pertama sekali, projek animasi Meo & Mama bukanlah siri pertama yang disasarkan khusus untuk umat Islam. Sudah ada banyak siri-siri lain sebelum ini yang diterbitkan di Malaysia, Indonesia, United Kingdom dan Australia. Namun apa yang berlaku setiap siri dilihat tidak begitu mampu untuk merentas sempadan komuniti tempat ia dicipta.

Apa yang dapat diperhatikan kebanyakan siri menampilkan karakter manusia sama ada sebagai karakter utama atau sampingan. Hipotesis saya, ini menimbulkan beberapa halangan antaranya warna kulit dan pakaian. Kita tidak usah cerita banyaklah, songkok dalam rumpun Melayu pun sudah cukup berbeza. Songkok Malaysia sekian tinggi dan keras, songkok Johor / Singapura pula lebih tinggi, songkok Indonesia pula tidak keras dan boleh dilipat.

Kanak-kanak memang suci bersih lagi fitrah, mereka tidak kisah warna kulit dan rupa. Isunya ibu bapa yang memilih dan membeli bahan media untuk kanak-kanak. Ibu bapa ini sudah ada persepsi mereka sendiri tentang apa yang cool dan tidak cool. Jadi bagi mengatasi halangan ini, kami memilih untuk tidak menggunakan watak manusia dan memilih untuk menggunakan kucing.


Kucing lebih universal dan memungkinkan untuk siri animasi ini lebih mudah merentas budaya. Kita sudah ada Raihan, Yusuf Islam, Sami Yusuf dan Maher Zain sebagai ikon nasyid yang dikenali secara universal oleh umat Islam tetapi belum ada ikon animasi Islamik. Belum ada satu watak yang dikenali semua kanak-kanak Islam sepertimana mereka mengenali Mickey Mouse sekarang.

Mahu mengikuti perkembangan lanjut projek animasi Meo & Mama? Mohon like page kami di Facebook serta subscribe channel kami di YouTube.

Positioning Negara & Industri

Kemahiran menghasilkan sesuatu produk tidak bermakna seseorang usahawan dapat menghasilkan Business Model yang berdaya saing. Terdapat juga keadaaan di mana faktor-faktor dalam Business Model Environment menghalang kemunculan pemain baru.

Sebagai contoh, kita lihat industri coklat. Meskipun bahan mentah coklat iaitu koko datang dari rantau ini, tradisi penghasilan coklat berpusat di Eropah. Negara-negara seperti Belgium, Switzerland dan Austria mendominasi penghasilan coklat premium. Positioning mereka sudah begitu kuat sehingga apabila disebut sahaja coklat premium, orang ramai akan terus terfikir coklat Belgium.

Apakah implikasinya kepada pembuat coklat tempatan? Mereka berhadapan laluan sukar untuk mencabar positioning yang sudah tercipta sekian lama. Lebih-lebih lagi dalam sektor hadiah korporat, mereka sudah terbiasa dengan jenama seperti Godiva serta Patchi yang dijual melalui butik-butik eksklusif.

Audio atau Visual?

Secara amnya, medium komunikasi terbahagi kepada dua iaitu audio dan visual. Medium visual paling banyak digunakan dalam pengiklanan dalam bentuk flyers, poster, bunting dan sebagainya. Bagaimana pula dengan audio?

Sepertimana komunikasi, perkara yang dijual oleh usahawan juga terbahagi kepada dua iaitu produk dan servis. Produk sesuai diiklankan melalui medium visual manakala servis sesuai diiklankan melalui medium audio.

Fokus Jenama

Minda manusia mempunyai had tertentu. Selalunya manusia hanya akan mengaitkan satu nama dengan satu fungsi atau satu kerja sahaja. Cubalah sekiranya anda memperkenalkan diri sebagai seseorang yang mempunyai 3-4 kerja, pening mereka nanti.

Begitu juga dengan produk, sekiranya usahawan sudah membina jenama ABC sebagai jenama makanan jangan pula digunakan bagi produk minuman. Gunakan pula jenama lain, misalnya XYZ. Namun, ramai usahawan suka mengambil jalan mudah menggunakan ‘brand extension’. Dalam strategi Permission Marketing, ini sudah dikira sebagai satu salah guna keizinan.

Brand extension memang mempunyai manfaat jangka pendek apabila memperkenalkan produk baru dalam pasaran. Jenama yang sudah dikenali mudah masuk ke kedai dan dibeli pengguna. Bagi jangka masa panjang, brand extension membina positioning yang lemah. Malah jika tidak dijaga dengan betul, brand extension mungkin akan merosakkan nilai jenama sedia ada.

Fokus

Kunci utama mencapai positioning yang dikehendaki adalah fokus dan konsisten. Bayangkan bagaimana sebuah kanta pembesar dapat memfokuskan cahaya matahari yang lemah kepada satu sinaran yang mampu membakar. Jika diletakkan satu saat sahaja mungkin tiada apinya tetapi jika sudah seminit dua, kertas akan mula panas.

Begitu juga dengan positioning, segala elemen bisnes perlu difokuskan bagi mencapai positioning yang dikehendaki. Bermula dari nama, produk, khidmat pelanggan, harga dan iklan perlu serasi serta fokus. Positioning itu pula tidak tercapai dalam masa satu hari tetapi mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Sebuah blog sekalipun mengambil masa 3 hingga 6 bulan diupdate secara konsisten dengan topik yang sama bagi mencapai positioning yang dikehendaki.

Positioning & Edgecraft: Budaya

Tidak lengkap rasanya kalau membicarakan bahasa tanpa menyebut tentang budaya. Sepertimana bahasa, edge budaya juga sering dilupakan. Terlalu terikut-ikut budaya ‘global’ menyebabkan produk usahawan menjadi sama sahaja seperti produk keluaran ‘budak besar’. Ini menyebabkan produk usahawan tidak dapat bertapak dan seterusnya tidak mampu berkembang.

Rantau ini sebenarnya mempunyai banyak kekayaan budaya yang boleh dijadikan modal perniagaan. Ambil contoh dalam sektor makanan, mengikut acuan barat hanya ada beberapa model kedai makan antaranya:

  1. Fast food
  2. Buffet
  3. Quick serve
  4. Fine dining
  5. Cafe
  6. Bistro
Namun bagaimana pula dengan kedai makan minang? Di mana mereka dalam model-model tersebut? Kedai minang membawakan terus pilihan lauk ke meja pelanggan. Mereka mempunyai elemen fast food, buffet dan quick serve dalam satu masa.
Bagaimana kalau konsep ini diubah dan digantikan dengan makanan lain? Bagaimana kalau kedai western yang menghidangkan dengan cara Minang? Pelanggan akan mendapat value proposition convenience dan personalization dengan cara yang jauh berbeza.

Dapatkan Video Tutorial Business Model Canvas di http://videotutorial.firdausariff.com

Positioning & Edgecraft: Bahasa

Bahasa boleh dikatakan sebagai satu edge yang selalu dilupakan. Ramai yang beranggapan produk mereka perlu sampai kepada semua orang dan memilih untuk menggunakan Bahasa Inggeris. Padahal dalam masa yang sama banyak syarikat dalam dunia ini membuat duit berjuta-juta dengan bahasa ibunda mereka.

Penggunaan edge bahasa ini boleh datang dalam pelbagai bentuk;
1. Produk itu sendiri boleh dibina menggunakan bahasa tersebut seperti buku, filem dan t-shirt bertulisan.
2. Penyampaian produk yang tidak dibina menggunakan bahasa tersebut seperti makanan, minuman dan lain-lain

Memilih bahasa lain selain bahasa yang ‘standard’ (Contohnya: Bahasa Inggeris) boleh membawa kelebihan sendiri. Usahawan tidak berhadapan dengan pemain besar yang lain dan mempunyai golongan pengguna yang ternanti-nanti produk ditawarkan dalam bahasa ibunda mereka.

PTS Publication mengambil risiko menerbitkan buku Bahasa Melayu pada zaman kedai-kedai buku besar seperti Popular dan MPH tidak menjual buku Bahasa Melayu selain buku teks. Jalan awalnya memang payah tetapi pulangannya berlipat kali ganda.

Lebih ekstrem lagi, usahawan boleh memilih hanya untuk melayan mereka yang berbahasa dengan bahasa tertentu. Sebagai contoh, sebuah kedai makanan Jawa boleh meletakkan syarat bahawa pelanggannya harus sekurang-kurangnya boleh mengucapkan kabare. Jika tidak, jangan haraplah boleh memesan makanan!

Dapatkan Video Tutorial Business Model Canvas di http://videotutorial.firdausariff.com

Positioning & Edgecraft: Bahan

Sumber lain inovasi adalah menukar bahan yang digunakan dalam penghasilan produk. Contoh terkenal sekarang adalah Cendol Bakar di Kuala Selangor. Inovasi mereka adalah pada membakar gula merah sebelum dijadikan air gula untuk diletakkan dalam cendol. Mereka juga menambah selasih, nata de coco dan beberapa bahan lain.

Minggu ini saya Tuan Yusry Yusopp berkesempatan singgah ke sana dan bertemu dengan pasukan di belakang Cendol Bakar Kuala Selangor. Kami bertemu dengan Tuan Ariff (Pengasas), Cik Puan Rifhan (CEO) dan Tuan Man (Pengurus). 
Tuan Ariff – Pengasas
Cik Puan Rifhan – CEO
Tuan Man – Pengurus
Kami sempat menemuramah mereka dan bertanya bagaimana mereka bermula lalu membesar. Kisah jatuh bangun mereka turut kami kutip. Nantikan rakamannya pada minggu hadapan, InsyaAllah.
Tidak jauh daripada Cendol Bakar ada juga kedai lain yang cuba mencipta edge sendiri namun gagal. Puncanya? Edge yang dicipta tidak membawa sebarang makna. Iyalah, memang semua cendol menggunakan gula merah!

Dapatkan Video Tutorial Business Model Canvas di http://videotutorial.firdausariff.com

Positioning & Edgecraft: Jantina

Premis edge ini mudah sahaja, ambil produk yang selama ini ditujukan kepada satu jantina dan ditukarkan kepada jantina lain. Sebagai contoh, Samsung memperkenalkan siri smartphone edisi wanita dengan penampilan berbeza dan app tambahan.

Adakalanya perubahan itu hanya sekadar pada perubahan sasaran pembeli dan pengguna produk itu masih sama. Sebagai contoh, Puan Saleha Idris menjual tudung tetapi mensasarkan untuk dijual kepada lelaki yang membeli sebagai hadiah untuk isteri, mak, ibu mertua, dan sebagainya.

Dapatkan Video Tutorial Business Model Canvas di http://videotutorial.firdausariff.com