projek

Tidak Semua Projek Besar Perlu Modal Ratus Ribu

Antara projek besar itu adalah siri animasi – kerana apa yang paling penting adalah mencipta konsep dan watak yang disukai audiens. Oleh sebab itu kami tidak mohon geran. Kerana itu jugalah kami tidak pitching kepada stesen TV. Keupayaan mencipta konsep dan watak animasi yang menarik tidak ada kena-mengena dengan jumlah wang di tangan. Ini soal …

Tidak Semua Projek Besar Perlu Modal Ratus Ribu Read More »

Mengapa Tidak Mohon Geran?

Bila sebut sahaja hendak buat projek animasi, antara soalan popular adalah “Mohon geran tak?” Saya sengaja tidak memohon sebarang geran bagi projek ini: Saya tidak mahu disibukkan dengan proses memohon geran yang panjang dan berjela-jela. Tiada sebarang jaminan akan dapat duit, kalau buat sendiri ada juga hasilnya. Kalau dapat duit pun, bukannya dapat selepuk setengah …

Mengapa Tidak Mohon Geran? Read More »

Mengapa Memilih Watak Kucing?

Kenapa memilih untuk mencipta watak baru? Mengapa pula kucing yang dipilih untuk diangkat menjadi watak utama? Video yang menampilkan Ustaz Zamri versi animasi sudah ada 7000 view dalam masa 3 bulan, mengapa pula ambil risiko cipta watak baru? Jawapan kampungan; sebab saya suka kucing. Jawapan sosfikated dan psikologikal; boleh baca selanjutnya di bawah. Pertama sekali, …

Mengapa Memilih Watak Kucing? Read More »

Mengapa Saya Memulakan Projek Meo & Mama

Anda mungkin mengenali sebagai penulis, penterjemah, fotografer, konsultan dan sebagainya. Tetapi mengapa pula saya tiba-tiba terjun memulakan projek animasi Meo & Mama? Jawapannya mudah, bila sudah ada anak sendiri barulah saya sedar betapa kurangnya konten Islamik yang berkualiti untuk kanak-kanak. Lebih-lebih lagi konten berbentuk video dan animasi dalam Bahasa Malaysia. Apabila saya menerbitkan DVD Mahir …

Mengapa Saya Memulakan Projek Meo & Mama Read More »

Rancangan Ramadhan

Alhamdulillah, sekali lagi kita dipertemukan dengan bulan Ramadhan yang mulia. Semoga tuan-tuan dan puan-puan diberikan kekuatan untuk beribadah dan dilimpahkan rahmat olehNya. Berpuasa bukan alasan untuk bermalas-malasan dan blog ini akan terus bersiaran setiap hari bekerja. Jadi apa yang akan menemui para pembaca sepanjang bulan ini? Getting Real Edisi Bahasa Melayu Minggu lepas kita sudah …

Rancangan Ramadhan Read More »

Pra-Pelancaran UrusKelas.com

Adakah anda selalu tertanya-tanya siapa di antara pelajar anda yang sudah membayar yuran atau belum? Atau adakah anda sukar mengembangkan bisnes tadika, taska, tuisyen dan sebagainya kerana ketiadaan sistem rekod yang teratur? Kami membawakan UrusKelas.com – sistem pengurusan pelajar dan yuran secara online. Hari ini kami membuka preview di mana 100 akaun akan diberikan secara …

Pra-Pelancaran UrusKelas.com Read More »

The Lean Startup: Bina-Ukur-Belajar

Kitaran yang hendak dipacu dalam Lean Startup adalah Bina-Ukur-Belajar (Build-Measure-Learn). Usahawan menukar idea menjadi produk (rujuk MVP), mengukur respon daripada pelanggan dan kemudiannya belajar sama ada untuk meneruskan idea sedia ada atau mengubahnya. Sebagai contoh, dalam projek DVD Ibrah Surah al-Kahfi saya dan Shakir melalui sekurang-kurangnya dua kitaran ini. Pada pusingan pertama kami melakukan tinjauan …

The Lean Startup: Bina-Ukur-Belajar Read More »

Portfolio Projek 2012

Pengisytiharan manifesto semalam sebenarnya adalah berasaskan siri projek yang dijalankan sepanjang tahun ini. Asalnya, projek-projek tidak begitu terancang namun akhirnya saya dan rakan-rakan dapat belajar pelbagai perkara yang menjadi blok-blok asas sesuatu yang lebih besar. Jalan-Jalan Cari Pasal Projek ini adalah yang paling gila dan memenatkan. Perkara yang dieksperimen adakah boleh merakam sebuah dokumentari yang …

Portfolio Projek 2012 Read More »