Undang-undang banyak memberi kesan kepada sesuatu business model. Kesannya dirasai dalam pelbagai blok antaranya:

a. Key Partners
b. Key Resources
c. Value Proposition
d. Cost Structure
e. Revenue Stream
f. Key Resources

Sebagai contoh, undang-undang Malaysia menetapkan bahawa warganegara asing memerlukan visa perniagaan atau visa berkerja bagi membuka syarikat dan akaun bank di Malaysia. Warganegara asing tersebut boleh membuatnya seorang diri asalkan dia berumur 18 tahun ke atas dan menetap di Malaysia.

Sekiranya dia tidak menetap di Malaysia, dia memerlukan dua ahli lembaga pengarah dalam syarikatnya menetap di Malaysia. Ini bermakna dia memerlukan setidak-tidaknya dua Key Partners untuk membolehkannya beroperasi di Malaysia. Ini membolehkan Key Activities dilakukan.

Di China, sesetengah kerajaan tempatan mahukan pegangan dalam syarikat sebelum membenarkan sesebuah kilang dibina atau sesuatu projek bermula. Dalam kes ini, kerajaan tempatan sebagai Key Partner membolehkan Key Activities dijalankan dan Key Resources (tanah) diperolehi.

Ini juga yang dimaksudkan sebagai ‘pemerolehan sumber & aktiviti’ dalam Key Partners selain contoh yang telah dinyatakan sebelum ini.

Esok kita akan lihat pula kesannya kepada blok Key Partners, InsyaAllah.