Fokus

Kunci utama mencapai positioning yang dikehendaki adalah fokus dan konsisten. Bayangkan bagaimana sebuah kanta pembesar dapat memfokuskan cahaya matahari yang lemah kepada satu sinaran yang mampu membakar. Jika diletakkan satu saat sahaja mungkin tiada apinya tetapi jika sudah seminit dua, kertas akan mula panas.

Begitu juga dengan positioning, segala elemen bisnes perlu difokuskan bagi mencapai positioning yang dikehendaki. Bermula dari nama, produk, khidmat pelanggan, harga dan iklan perlu serasi serta fokus. Positioning itu pula tidak tercapai dalam masa satu hari tetapi mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Sebuah blog sekalipun mengambil masa 3 hingga 6 bulan diupdate secara konsisten dengan topik yang sama bagi mencapai positioning yang dikehendaki.