Getting Real: Modalkan Sendiri
Duit Orang Lain Adalah Pelan B
Keutamaan pertama kebanyakan startup adalah mendapatkan dana daripada pelabur. Tetapi harus diingat, sekiranya anda meminta dana daripada orang luar, anda juga harus menjawab kepada mereka. Jangkaan dan harapan juga meningkat. Pelabur mahu duit mereka kembali – dengan cepat. Malangnya, buat untung selalunya mengatasi pembinaan produk berkualiti.
Zaman sekarang anda tidak perlukan modal yang besar untuk bergerak. Hardware sudah murah dan banyak software infrastruktur adalah Open Source dan percuma. Nyalarasa juga tidak hadir bersama tanda harga.
Jadi buat apa yang anda boleh lakukan dengan apa yang ada di tangan. Fikir betulpbetul dan tentukan apa yang betul-betul penting dan apa ang anda boleh abaikan dahulu. Apa yang anda boleh lakukan dengan tiga orang berabding sepuluh orang? Apa yang anda boleh lakukan dengan RM20 ribu berbanding RM100 ribu? Apa yang kamu boleh lakukan dalam tiga bulan berbanding enam bulan? Apa yang anda boleh lakukan sekiranya anda kekal berkerja dan membina app anda secara sambilan?
Kekangan Memaksa Kreativiti
Bergerak dengan sumber terhad akan memaksa anda berhadapan dengan kekakngan lebih awal serta lebih menekan. Itu sebenarnya adalah perkara yang bagus. Kekangan memacu inovasi.
Kekangan juga memaksa anda untuk mengeluarkan idea anda ke dunia nyata lebih cepat – satu lagi perkara bagus. Setelah dilancarkan sebulan dua anda sepatutnya sudah tahu sama ada anda akan berjaya atau tidak. Sekiranya ya, anda akan pantas mampu bergerak sendiri dan tidak memerlukan dana luar. Sekiranya idea anda tidak menjadi, tiba masanya untuk kembali design semula. Sekurang-kurangnya anda tahu sekarang dan bukannya berbulan-bulan atau bertahun-tahun kemudian. Setidaknya anda boleh keluar dengan mudah. Sukar untuk anda keluar apabila sudah ada pelabur yang terlibat.
Sekiranya anda mencipta software sekadar untuk untung cepat, perkara itu akan cepat terserlah. Untung cepat sebenarnya agak sukar untuk dicapai. Maka fokus kepada membina tool berkualiti yang anda pelanggan anda boleh gunakan bagi tempoh yang panjang.
Dua Jalan
Jake Walker memulakan sebuah syarikat dengan duit pelabur (Disclive) dan satu lagi tanpa duit pelabur (The Show). Di sini beliau membincangkan perbezaan dua jalan tersebut.
Akar segala masalah bukanlah mendapatkan dana pelabur itu sendiri, tetapi apa sahaja yang datang bersama dengannya. Jangkaan menjadi lebih tinggi. Orang mula mengambil gaji dan niatnya adalah untuk naikkan nilainya kemudian jual, atau mencari jalan lain bagi pelabur awal mendapatkan wang mereka kembali. Dalam kes syarikat pertama, kami berlagak lebih besar daripada apa yang sepatutnya – kami terpaksa…
[Dengan The Show] kami sedar kami boleh menghasilkan produk yang lebih baik dengan kos yang lebih rendah, hanya kami perlukan lebih masa. Kami mempertaruhkan wang kami sendiri bahwa orang ramai sanggup untuk menunggu mendapatkan kualiti. Namun syarikat setakat ini kekal (dan akan kemungkinan besar) kecil. Sejak projek pertama tersebut, kami membiayai sendiri. Ditambah dengan sedikit perundingan kreatif dengan vendor kami, kami tidak perlu menambah banyak wang kami sendiri dalam syarikat ini. Jangkaannya bukan untuk berkembang dan jual, namun berkembang untuk berkembang serta terus mendapat manfaat kewangan.
Komen di blog Signal vs. Noise
Nota Penterjemah: Saranan ini adalah sejajar dengan konsep Lean Startup. Ketahui kesilapan biasa menggunakan Lean Startup dalam arktikel di Rumbia.