Getting Real: Scale Kemudian

Anda Belum Mempunyai Masalah Scale

“Adakah app saya mampu scale apabila berjuta-juta orang mula menggunakannya?”

Tunggu sahaja sehingga perkara tersebut betul-betul berlaku. Sekiranya anda mempunyai jumlah pengguna yang besar membebankan sistem anda maka tahniah! Itu adalah satu masalah yang seronok untuk dihadapai. Namun malangnya kebanyakan web app tidak akan mencapai tahap tersebut. Dan sekiranya anda mula dibebani pengguna selalunya ia bukan persoalan hidup mati. Anda akan mempunyai masa untuk membuat ubahsuai dan bertindak. Tambahan pula, anda akan mempunyai lebih banyak data sebenar setelah pelancaran yang akan membantu anda mengetahui apa yang perlu ditangani.

Sebagai contoh, Basecamp beroperasi menggunakan server tunggal untuk tahun pertama. Oleh kerana kami memilih setup yang ringkas, kami hanya mengambil masa seminggu. Kami tidak bermula dengan kluster 15 server atau menghabiskan masa berbulan-bulan merisaukan isu scale.

Adakah kami menghadapi masalah? Tentu sekali ada beberapa. Namun kami juga menyedari bahawa kebanyakan masalah yang kami takuti seperti kelembapan servis sebenarnya bukan masalah besar bagi pengguna. Asalkan anda berhubung dengan semua orang dan jujur dengan situasi yang berlaku, mereka akan faham. Apabila melihat kembali, kami gembira kami tidak menangguhkan pelancaran berbulan-bulan bagi mencipta setup yang sempurna.

Pada peringkat awal, jadikan permbinaan produk berkualiti keutamaan anda dan bukannya obses tentang scale serta server. Cipta app yang hebat dan kemudian risau tentang apa yang perlu dilakukan apabila ia sudah popular. Jika tidak anda mungkin menghabiskan tenaga, masa dan wang menyibukkan diri dengan sesuatu yang mungkin tidak akan berlaku.

Percaya atau tidak, masalah besar bukannya tentang scale. Sebenarnya cabaran paling besar adalah untuk mencapai tahap di mana anda perlu scale. Tanpa masalah pertama anda tidak akan menghadapi masalah kedua.

Anda Perlu Semak Semula Akhirnya

Sebenarnya semua orang mempunyai isu scale, tiada saiap yang boleh menangani servis yang berkembang dari kosong ke sejuta pengguna tanpa menyemak semula hampir setiap aspek design dan architecture.

Dare Obasanjo, Microsoft (Scaling Up and Startups)


Anda seorang freelancer yang sudah bosan dengan bayaran murah dan klien yang tidak memahami? Sertai kami di link ini.