Gosip Industri: MyEG Tawar Car Leasing Scheme?
Ada dengar khabar dari rakan dalam bidang automotif bahawa MyEG akan menawarkan car leasing scheme. Bayar monthly utk 3 tahun (cover sekali road tax, insuran & maintenance). Lepas 3 tahun tu customer boleh pilih utk beli kereta tu atau tamatkan terus.
Sebut sahaja terus terfikir Proton.
Kenapa?
Sebelum ini pernah terbaca Volvo akan menawarkan subscription untuk kereta elektrik. Volvo sekarang dimiliki oleh Geely. Sekarang Geely juga adalah rakan kongsi Proton. Tidak susah hendak membayangkan idea tersebut diadaptasi bagi konteks Malaysia.
Tambah pula Proton ada banyak stok kereta tidak terjual.
Lagipun di US sudah biasa kedai kereta terpakai jual kereta secara lease. Install sahaja GPS tracker yang bersambung dengan immobilizer. Kalau tak bayar sewa bulanan kereta tak boleh jalan.
Habis cerita!
Rujukan