Intellectual Resources: Strategi IP Konvensional

Strategi IP konvensional adalah menggunakan sepenuhnya tempoh penggunaan eksklusif bagi memerah keuntungan. Tidak kiralah sama ada paten atau hakcipta. Secara mudahnya adalah memastikan kilang pemilik IP sahaja yang berasap dan menghalang kilang lain daripada beroperasi.

Paten paling terkenal mungkin adalah ubat penahan sakit paracetamol atau dikenali dengan nama komersilnya Panadol. Pemilik paten paracetamol iaitu GlaxoSmithKline (GSK) mempunyai kuasa monopoli selama 20 tahun untuk membina jenama, pengedaran dan mengaut keuntungan luarbiasa.

Setelah paten tamat, barulah pengilang lain dapat melainkan paracetamol jenama lain seperti Uphamol 650. Namun pada waktu itu orang ramai sudah menganggap hanya Panadol itu paracetamol.  Pengilang baru juga tidak mempunyai jenama dan pengedaran yang cukup kuat untuk bersaing. Oleh itu, mereka selalunya terpaksa bergantung pada faktor harga yang lebih murah untuk bersaing.

Dalam masa yang sama juga GSK telah menghasilkan paten-paten derivatif baru daripada paracetamol asal seperti Panadol Extend dan Actifast. Paten-paten baru ini tidak dapat digunakan oleh pengilang lain.

Bagi contoh hakcipta pula, Stephen Covey telah menghasilkan buku dan modul 7 Habit. Teknik yang diajarkan adalah kaedah tersendiri yang dicipta beliau dalam bidang produktiviti dan self-development. Daripada buku dan modul beliau menghasilkan pakej training pula.

Selain daripada menjual sendiri pakej training 7 Habit, syarikat Covey turut melesenkannya. Mereka melantik ejen bertauliah mengikut negara dan menawarkan program certified trainer. Hanya ejen bertauliah yang dapat menjual pakej training mereka dan hanya certified trainer mereka yang dapat memberi training. Ejen dan trainer ini membayar royalti kepada syarikat Covey.

Sekiranya ada ejen yang tidak bertauliah menggunakan trademark 7 Habit atau trainer yang menggunakan kandungan 7 Habit dalam modul mereka, akan ada surat amaran daripada peguam syarikat Covey. Dalam strategi IP konvensional, penguatkuasaan banyak dijalankan melalui kontrak komersil dan saman.

Dapatkan buku Business Model Canvas Malaysia Edisi Ekstra di Downloadilmu.