iPad - Editor Video Mudah Alih
Dengan menggunakan Camera Connection Kit, videografer kini boleh memindahkan video terus kepada iPad. Pengguna mempunyai pilihan menggunakan sambungan USB seperti di atas atau menggunakan kad SD. Secara peribadi, saya telah menguji memindahkan data daripada Nokia N8 dan Canon 550D. Setelah dipindahkan, pengguna boleh terus mengeditnya menggunakan iMovie yang boleh didownload daripada App Store.
Terdapat beberapa pilihan templat bersama aplikasi ini dan juga beberapa soundtrack bagi menyerikan video yang diedit. Pengguna juga boleh merakam voiceover bagi memberikan narration bagi video yang diedit. Akhir sekali, pengguna boleh render terus video di dalam iPad dan upload ke YouTube dan Vimeo.
Salah satu contoh adalah seperti video di bawah: