Kesilapan Biasa Dalam Positioning

Kesilapan biasa dalam positioning dan bisnes secara amnya adalah cuba berlawan secara terus dengan gergasi industri. Sebagai contoh, membuka restoran makanan segera dan cuba berlawan dengan McDonalds pada segenap aspek. Produk sama, harga sama, sasaran pelanggan yang serupa dan sebagainya.

Contoh lain yang paling kerap berlaku adalah menawarkan produk yang sama seperti ditawarkan oleh gergasi pada harga yang lebih murah. Perlu diingat bahawa gergasi industri mempunyai sumber yang besar dan kekuatan tersendiri. Mereka mampu mengubah peraturan industri mengikut selera mereka.

Sekiranya mereka marah dengan pesaing yang menawarkan harga murah, mereka boleh menjual barangan di bawah harga kos pada tempoh tertentu. Tindakan sebegitu akan membunuh pesaing-pesaing kecil mereka yang tidak mempunyai wang yang banyak. Bagi gergasi pula, wang yang hangus itu hanyalah kos bisnes mereka yang boleh ditampung.

Oleh itu, positioning perlu dilakukan dengan lebih bijak untuk mencari ruang-ruang yang selamat dari gergasi namun masih menguntungkan. Minggu hadapan kita melihat bagaimana mencari ruang-ruang ini, InsyaAllah.