Tingkatkan Kelajuan Website Wordpress Anda
Antara kerja rutin saya adalah optimize kelajuan website klien. Tetapi bila semak website sendiri markahnya sangat mengejutkan lagi memalukan.
Markah untuk www.thedredger.tv hanya 22 per 100! Ibarat ambil peperiksaan akhir semester tanpa baca satu buku pun.
Website ini dibina menggunakan WordPress jadi cara paling senang adalah menggunakan plugin. Ada banyak pilihan tetapi saya biasa menggunakan W3 Total Cache.
Pergi sahaja ke Plugins > Add New
Cari W3 Total Cache.
Install & Activate.
Saya dah ada optimized setting dari website lain sebelum ini maka upload sahaja dan enable. Anda boleh download file setting ini atau aktifkan secara manual.
Bila dah habis setup plugin W3 Total Cache kita buat ujian sekali lagi.
Lebih baik, tetapi masih dalam kategori perlahan. Apa masalahnya?
Bila lihat keputusan terperinci, ternyata ada banyak loading dari YouTube. Kami masih lagi embed dengan kaedah iFrame dan halaman kami penuh dengan video yang diembed dari YouTube. Jadi tidak hairanlah YouTube menghambat teruk kelajuan website kami.
Jadi, bagaimana hendak selesaikan masalah ini? Plugin lagi jawabnya. Kita akan gunakan a3 Lazy Load dan YouTube Embed.
Sekali lagi pergi ke Plugins > Add New
Cari a3 Lazy Load.
Install & Activate.
Install plugin YouTube Embed pula, Install & Activate.
Langkah seterusnya sedikit renyah, perlu edit semua post supaya tidak gunakan embed code iFrame dan gunakan shortcode.
Siap semua, kita uji sekali lagi.
Barulah masuk kategori sederhana. Dari 22 jadi 65, peningkatan sebanyak 43 markah. Jadi inilah perkara mudah yang boleh anda buat untuk optimize kelajuan website. Tiada sebarang programming atau perubahan setting server diperlukan.