The Law of the Few: Connectors

Kebanyakan dari kita mempunyai jairngan sosial yang tipikal – jiran-jiran, keluarga, rakan sekerja dan rakan-rakan sekolah serta universiti. Kita cenderung mempunyai rakan-rakan yang mempunyai pekerjaan yang lebih kurang sama, latar belakang yang sama dan bertutur bahasa yang sama.

Oleh itu, kita selalu mengalami kesukaran apabila terpaksa pergi ke tempat lain atau melakukan kerja dalam bidang yang lain. Kita tidak mempunyai kenalan yang dapat memberi panduan kepad kita.

Tetapi tidak bagi Connectors, mereka mempunyai jaringan sosial yang luas dan suka untuk berhubung dengan orang-orang baru. Mereka tidak takut untuk keluar dari zon selesa mereka.

Peranan Connectors dalam penyebaran sesebuah epidemik adalah menghubungkan dari satu komuniti ke komuniti lain. Penyebaran sesuatu ‘virus’ tidak akan mencapai tipping point sekiranya tidak dapat melompat ke komuniti lain. Connectors juga memungkinkan sesuatu virus pergi dari tempat yang sudah tepu ke tempat yang lebih kondusif.

Connectors yang baik dikenali ramai orang dan maklumat yang dibawanya dapat dipercayai. Inilah yang memungkinkan sesuatu idea menjadi viral dan tersebar luas.

Sebagai contoh, seorang jurutera mempunyai inovasi terbaru yang dapat membantu para doktor. Namun, oleh kerana jurutera itu hanya kenal sesama jurutera dan mungkin satu dua orang IT dia tidak dapat mencari orang yang dapat menguji inovasinya. Sehinggalah datang seorang saintis yang kenal para jurutera dan juga doktor. Saintis itu yang memungkinkan jurutera itu berjumpa dengan doktor yang sanggup menguji inovasinya.

Apabila inovasi itu terbukti berjaya barulah berita tentangnya tersebar di kalangan doktor-doktor. Selepas itu barulah mereka menjadi pengguna inovasi tersebut.

InsyaAllah, esok kita akan melihat apa itu Maven sebelum bersambung dengan Salesmen pada minggu hadapan. Sekiranya tuan-tuan mahu mendapat sambungan entri ini pada hari-hari berikut secara terus ke inbox, langgan blog ini melalui kotak di bawah:

Masukkan emel tuan:

Dikuasakan oleh FeedBurner